Mr MD RAZIB BIN RAHMAT
From Sekolah kebangsaan Gong Badak , kuala terengganu

Nominated by ROZIANTI BINTI ALI
Pada tahun 1988 kami merupakan pelajar KBSR yang pertama yang akan menduduki UPSR pertama . Sekolah keb. Ayer puteh adalah sekolah pertama cikgu ditempatkan untuk mengajar selepas tamat dr maktab perguruan. Cikgu Razib sangat ditakuti di kelas kami. Mau taknya, tengok dia berjalan fengan rotan tak lekang kat tangan , tuhan saja yang tahu macam mana kami hafal sifir 1 hingga 12. Dia juga merupakan guru kelas kami dari tahun 5 hinggalah tahun 6. Perangai kami pun dalam kepala dia. Siapa yang tak ingat sifir, tadah jelah tapak tangan hari- hari, rasalah rotan tu hinggap tapak tangan tu. setiap kelas matematik berlangsung. Tapi dengan ketegasan cikgu inilah, saya dan kawan-kawan yang lain berjaya menjadi manusia. Dan upsr tahun 1988 telah memberi bukti kejayaan cikgu dalam mendidik kami menjadi murid cermelang di sebuah sekolah kampung yang jauh dari bandar dengan tiada kemudahan seperti dibandar. Cikgu sanggup berkorban duit membeli buku rujukan untuk kami yang tak pernah pijak kedai buku pun dan bagi kami tunjuk ajar tanpa jemu. Pernah cikgu pilih murid-murid yang terbaik dalam percubaan upsr seramai 10 orang dan kami dikumpulkan dirumahnya untuk diberi latihan yang lebih efektif tanpa mengambil bayaran upah pun. Alhamdulillah ramai kawan-kawan kelas saya telah mendapat keputusan yang cermelang dalam upsr 1988. Dan kini anak didik cikgu ini telah berjaya menjadi manusia dan berjaya mendapat perkerjaan yang bagus dalam jabatan kerajaan dan swasta. Cikgu menjadi inspirasi saya dalam mendidik anak-anak saya. Budi dan jasa cikgu tidak termampu kami balas. Semoga cikgu sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan dan tidak jemu mendidik anak - anak bangsa. Terima kasih kerana masih ingat semua nama anak-anak murid kelas 6 mawar 1988 sekolah kebangsaan Ayer Puteh Kemaman Terengganu.