Nominees

Mdm Faiz Farzana

From SEKOLAH AGAMA MENENGAH TANJONG KARANG

Nominated by NUR HIDAYAH BINTI HASIM

Dialah guru,dialah ibu di sekolah, dialah inspirasi saya,dia lah kekuatan saya selain ibu dan keluarga ,dialah membantu memberi sokongan kepada saya ketika saya memerlukan sokongan. Nama yang diberi ialah Cikgu Faiz Farzana. Cikgu yang sangat penyayang walaupun kadang kala dia tegas tapi sebenarnya ada taman dalam hati. Setelah arwah abah meninggal dunia, saya down dan hampir² gagal dalam semua subjek tpi cikgu Faiz laa yang memberikan saya sokongan dan nasihat sehinggalah saya dapat menghabiskan diploma saya . Teringat satu kisah yang saya perlu bercerita di atas pentas di depan semua pelajar-pelajar ,saya malu tapi cikgu Faiz kata "awk mesti boleh hidayah,cikgu tahu awak mampu". Akhirnya saya mampu melakukannya walaupun ada perasaan gementar dan malu. Cikgu Faizlah inspirasi saya.Cikgu Faiz merupakan guru kauseling di sekolah .Guru yang banyak memberikan kata-kata nasihat dan pedoman ..