Nominees

Mr Wong Hui Ong

From SJK Hang Kwong

Mr Wong Hui Ong's photo

Nominated by Alvin Hii Lu Bing

Saya mengenali Cikgu Wong pada umur 10 tahun.Beliau ialah guru Sains saya.Beliau telah mengajar saya selama 3 tahun. Selama 3 tahun ini, saya amat suka mempelajari dengan beliau kerana Cikgu Wong ialah seorang guru yang mesra dan mengambil berat kepada semua murid. Setiap hari saya akan menunggu Cikgu Wong dan saya mengharapkan selalu belajar dengan Cikgu Wong kerana waktu pengajaran Sains Cikgu Wong sangat seronok dan selalu menarik perhatian saya. Setiap kali waktu Sains, kami akan menjalani pelbagai eksperimen dan aktiviti yang seronok. Saya telah mempelajari banyak pengetahuan daripada aktiviti yang jalankan. Cikgu Wong juga mengorbankan banyak masa untuk melatih saya dalam pertandingan inovasi. Saya telah berturut-turut menyertai pertandingan Inovasi selama 3 tahun dan setiap kali saya mendapat keputusan yang baik dalam pertandingan sama sekali subjek Sains saya juga mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Cikgu Wong ialah seorang guru yang baik hati tetapi ada suatu hal yang menyedihkan saya iaitu anak Cikgu Wong telah mendapat penyakit crohn disease. Ini adalah suatu penyakit yang selama-lamanya. Cikgu Wong dan ahli keluarganya harus meluahkan banyak tenaga, masa dan kewangan untuk mengubati penyakit ini. Cikgu Wong ialah seorang bapa yang sabar dan bertanggunhjawab. Beliau selalu menjaga anak dengan baik dan saya tidak pernah dengar sungutan daripada beliau. Perbuatan Cikgu Wong amat saya mengagumi pada beliau dan sebab saya mencalonkan beliau sebagai guru inspirasi. Saya berharap Cikgu Wong dapat dicalonkan dan wang tunai RM5000 dapat diguna untuk mengubati penyakit anak beliau.