Nominees

Mr mohd hafieez bin mohamed taib

From sekolah kebangsaan taman kota kulai

Mr mohd hafieez bin mohamed taib's photo

Nominated by Eliyana Natasha binti Azman

Assalamualaikum, saya Eliyana Natasha. Siapa di dalam gambar itu? Bagi yang belum mengenali, beliau ialah seorang guru yang telah memberi banyak perubahan dalam hidup saya sewaktu saya di sekolah rendah. Nama beliau ialah Mohd hafieez bin mohamed taib. sewaktu saya darjah 6 di sekolah kebangsaan taman kota kulai, beliau mengajar saya Bahasa Inggeris. Pada awalnya, saya dan rakan sendiri menganggap beliau seorang guru yang sangat tegas dan tidak memifirkan hati orang lain. nak tahu kenapa? sebab percakapan beliau yang sangat tegas dan garang membuatkan pelajar yang masih mentah seperti kami tidak menyukai beliau. tetapi kerana beliau, sekolah saya mempunyai banyak sangat perubahan. Buat pertama kalinya, seorang guru lelaki yang sangat kreatif telah mengubah gaya sekolah kami. beliau telah bertungkus lumus mengadakan jamuan Gala Night bagi pelajar darjah 6 selepas upsr. Kemeriahan yang beliau lakukan dengan hasil usaha beliau sendiri hanya saya sahaja yang tahu. Beliau membawa saya kemana sahaja bagi merealisasikan idea beliau. Segala persiapan tarian dan persembahan beliau lakukan dengan sendiri. Dari pagi hingga malam kehidupan beliau hanya di sekolah untuk menyiapkan segalanya. Beliau juga telah mereka baju malam gala night saya ala ala princess dan saya memenangi pakaian tercantik. sehingga kini saya menyimpan baju tersebut kerana buat pertama kali saya memakai baju gaun secantik itu hasil idea beliau. Bukan itu sahaja, moment paling saya takdapat lupakan apabila sewaktu hari jadi saya iaitu 22 februari 2013, beliau telah memberitahu saya bahawa saya dijadikan sebagai Ketua Pengawas di sekolah. saya amat terkejut kerana dengan usaha beliau yang mempercayai saya dan sentiasa memberi keyakinan kepada saya, semua guru telah bersetuju menjadikan saya ketua pengawas . Kerana beliau jugalah saya telah mendapat keputusan A dalam Bahasa inggeris sedangkan sewaktu itu saya amat lemah dengan subjek itu. pada watu malam saya akan ke rumah beliau untuk belajar bahasa inggeris. terlalu banyak pengorbanan beliau yang amat bernilai sehingga kini. sekarang saya telah mendapat result spm, orang pertama yang memberi motivasi kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya ialah Cikgu Mohd Hafieez bin Mohamed Taib. Terima kasih cikgu, pengorbanan cikgu sangat ternilai. Saya tahu saya tidak mampu membalasnya. semoga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki dan orang sekeliling menghargai setiap apa yang cikgu lakukan!