Nominees

Mr NG CHUNN YEW

From SJKC WEN KHAI

Mr NG CHUNN YEW's photo

Nominated by LIM KOH ANN

Guru BM sekolah saya (Cikgu NG CHUNN YEW) ialah guru Bahasa Melayu dalam sekolah saya semasa saya tahun 6J. Walaupun beliau seorang yang tegas dan adil terhadap semua murid tetapi beliau amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan selalu memotivasikan saya untuk lebih membaca dan mengarang karangn serta menulis ulasan saya. Beliau tahu bahawa keluarga saya lebih lemah dalam mata pelajaran BM, oleh itu beliau selalu memberi tunjuk ajar yang lebih kepada saya dan membimbing aku dengan lebih agar saya tidak gagal dan berputus asa dalam setiap peperiksaan. Beliau amat sabar dalam setiap kelas dan cara beliau mengajar amat lucu dan mencuit hati di samping menarik perhatian saya untuk belajar dan tidak mengantuk dalam kelas. Beliau seorang pembentuk sasiah saya sebagai seorang yang penyayang kepada masyarakat dan ahli keluarga. Beliau juga sedia memaafkan saya walaupun sering kali saya melakukan kesalahan . Saya berharap guru inspirasi saya yang amat saya hormati dapat dianugerahkan. Terima Kasih Cikgu NG !