Mr NG CHUNN YEW
From SJKC WEN KHAI

Nominated by CHOW HO YIN
Guru BM sekolah saya (Cikgu NG CHUNN YEW) ialah guru Bahasa Melayu pertama dalam sekolah saya semasa saya tahun 5. Walaupun beliau seorang yang tegas dan adil terhadap semua murid tetapi beliau amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan selalu memotivasikan saya untuk lebih membaca dan mengarang karangn serta menulis ulasan saya. Beliau tahu bahawa keluarga saya mahir dalam dalam Bahasa Inggeris, oleh itu beliau selalu memberi tunjuk ajar BM yang lebih kepada saya dan membimbing aku dengan lebih agar saya tidak gagal dalam setiap peperiksaanBM . Beliau amat sabar dalam setiap kelas dan cara beliau mengajar amat lucu dan mencuit hati di samping menarik perhatian saya untuk belajar dn tidak mengantuk dalam kelas. Beliau seorang pembentuk sasiah saya sebagai seorang yang penyayang kepada masyarakat dan ahli keluarga. Beliau juga sedia memaafkan saya walaupun sering kali saya melakukan kesalahan yang berat. Saya berharap guru inspirasi saya yang amat saya hormati dapat dianugerahkan.