Ms Tan Lee Ting
From SMK JELUTONG

Nominated by Tan Chor Peng
Guruku insan mulia Tidak pilih kasih Dalam memberi sebakul ilmu Buat bekalan anak muridnya Di masa depan. Anak saya Tan Lee Ting adalah seorang guru Pendidikan Khas. Di mata para pelajar, Lee Ting seorang guru yang sporting dan berdedikasi tinggi. Dia selalu membimbing pelajar berkeperluan khas buat senaman aerobik atau zumba. Sifatnya yang peramah, penyayang dan suka mengambil berat tentang pelajar. Selain itu, Lee Ting tidak pilih kasih dalam mendidik anak murid bermasalah pembelajaran, tanpa mengira bangsa atau kaum. Sikapnya ceria dan optimis seperti matahari. Apabila pelajar menghadapi apa-apa masalah, Lee Ting akan cuba membantu dan menyelesaikan masalah pelajar. Sebagai bapa, saya berasa bangga akan anak saya. Jika ada rezeki, saya mengharapkan Mc Donalds untuk mencalonkan Lee Ting sebagai guru inspirasi, sebagai tanda kepujian kepadanya. Sesungguhnya jiwa Lee Ting sayang akan murid-murid istimewa sangat ikhlas, jujur dan sabar. Semoga anak saya Tan Lee Ting boleh dapat anugerah inspirasi ini. Terima kasih.