Mr ANUAR B MANSOR
From SMK TEMERLOH JAYA, 28000 TEMERLOH
Nominated by FATINI ADLINA BT ANUAR
Encik Anuar b Mansor adalah insan yang istimewa . Beliau merupakan seorang guru yang mempunyai masalah pendengaran ( OKU pendengaran) semenjak kecil dan berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dengan nombor pendaftaran DD 090256. Encik Anuar mendapat pendidikan awal di SK Bukit Beringin, Masjid Tanah, Melaka. Semasa di sekolah rendah, beliau telah mempunyai masalah pendengaran, tetapi disebabkan tinggal bersama nenek, rawatan tidak dijalankan seperti sepatutnya.Sehinggalah melangkah ke sekolah menengah, masalah pendengaran semakin ketara dan teruk. Dari segi pembelajaran, beliau terpaksa bersaing dengan pelajar normal di dalam kelas. Mula mengunakan alat pendengaran ( sumbangan JKM) semasa di tingkatan 5. Namun, hasil dari usaha yang gigih, tanpa berasa malu bertanyakan guru-guru dan rakan- rakan, beliau berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM), dengan mendapat pangkat 2. Dengan kejayaan ini, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Ghaffar Baba, Masjid Tanah, Melaka. Belajar di tingkatan 6 sememangnya amat sukar, apa lagi bersaing dengan rakan-rakan yang normal. Namun hasil usaha yang berlipat kali ganda berbanding pelajar normal,Encik Anuar berjaya menghabiskan pelajaran di tingkatan 6 dengan keputusan yang baik. Dengan keputusan tersebut beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Mula mengajar di sebuah sekolah rendah di negeri ,Pahang pada tahun 1989. Sepuluh tahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM), Bangi, Selangor. Berjaya mendapat ijazah dalam bidang Pendidikan Khas pada tahun 2002, walaupun dengan kekurangan yang ada. Beliau di tempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah menengah, juga di negeri Pahang dengan menjadi guru pendidikan khas pendengaran dan pembelajaran. Encik Anuar merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dan amat komited dalam melaksanakan tugas beliau sebagai seorang guru pendidikan khas. Dengan komitmen dan tanggungjawab yang digalas dengan amanah melayakkan beliau mendapat pelbagai anugerah, Antaranya adalah, 1 Tokoh Pekerja OKU Negara (2015) sempena sambutan Hari Pekerja, 2.Anugerah Guru Cemerlang Guru OKU peringkat Kebangsaan ( 2013) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Anugerah Guru Cemerlang Guru OKU Negeri Pahang (2013, 2012, 2011,2008) 4.Anugerah Guru Cemerlang Pend Khas Daerah Temerloh (20015) 5.Anugerah Guru Cemerlang Guru OKU ,Daerah Temerloh ( 2013,2008) 6.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) (2008) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) 7.Dilantik sebagai Guru Cemerlang DG 44 dan DG 48 ( 2009, 2014) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 8.Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) peringkat negeri Pahang Kategori OKU Pemimpin (2013) Encik Anuar amat meminati bidang Pendidikan Khas,Beliau merupakan seorang guru yang sangat penyanyang terhadap pelajar-pelajar istimewanya. Beliau sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajar pelajar khas, agar pelajar ini juga dapat bersaing dengan pelajar normal dan mampu berdikari. Beliau selalu menekankan tentang potensi diri pelajar istimewa ini. Sentiasa menggali dan mencari kebolehan dan bakat yang ada pada pelajar-pelajarnya, agar mereka dapat hidup seperti orang normal yang lain. Pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang adalah satu penghormatan yang sangat besar. Harapan beliau agar dapat mempraktikkan kaedah dan teknik pembelajaran yang beliau reka dan cipta bersama rakan guru pendidikan khas yang lain. Beliau dijadikan "rule model" kepada rakan-rakan guru arus perdana, pendidikan khas serta pelajar-pelajar yang lain. Saya amat berbangga dengan Cikgu Anuar. Walaupun saya merupakan pelajar tingkatan 6, tetapi saya melihat kesungguhan dan komitmen cikgu Anuar dalam menjalankan tugasnya. Sangat rajin tanpa mengira waktu. Saya juga ingin menjadi seorang guru pendidikan khas. Sekarang saya sedang menunggu keputusan UPU untuk bidang Pendidkan Khas. Saya ingin mencontohi cikgu Anuar sebagai guru pendidikan khas yang sangat cemerlang. Sekian, terima kasih.