Nominees

Mr Hasfasuriazal bin Hasman

From SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

Mr Hasfasuriazal bin Hasman's photo

Nominated by Nur Sabrina Binti Riduan

Assalamulaikum dan selamat sejahtera , saya merupakan bekas pelajar dari SMK Sultanah Hajjah Kalsom, kuantan, pahang. Saya mempunyai seorang guru yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Saya mula mengenali beliau dengan lebih rapat ketika saya di tingkatan 4. Saya bersama sama 3 orang lagi rakan saya telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan F1 in Schools National finals 2017 yang dikendalikan oleh Encik Hasfasuriazal bin Hasman. Beliau mempunyai perwatakan yang sangat tegas dan rata rata murid sangat takut dengan beliau. Pada mulanya saya agak gementar untuk bekerjasama dengqn beliau tetapi demi impian yang ingin dicapai saya kuatkan semangat. Bagi menjayakan projek inovasi kami, kami perlu menyiapkannya di luar waktu sekolah. Oleh itu, kami perlu berjaga di sebelah malam. Pada setiap malam kami akan belajar bersama sama Cikgu Hasfa tentang mereka bentuk kereta, berlatih bagi verbal presentation dan mempelajari lebih lanjut dalam bidang kejuruteraan. Beliau sering memarahi kami sekiranya kami membuat silap tetapi alah bisa tegal biasa. Kami sedikit pun tidak terasa hati malah kami mengambil ianya sebagai pembakar semangat. Setelah kami penat bekerja bagi menjayakan projek, beliau akan membelikan makanan serta minuman untuk kami mengalas perut. Inilah saat yang paling kami teruja dan membuat berat kami semakin bertambah hari demi hari kerana makan pada lewat malam. Hasil penat lelah kami bersama Cikgu Hasfa, kami telah berjaya memenangi pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan dan diberi peluang untuk mewakili negara Malaysia di peringkat antarabangsa. Kami tidak henti henti mengucapkan terima kasih kepada beliau atas pengorbanan yang telah beliau curahkan kepada kami. Di peringkat antarabangsa pula, kami sekali lagi bertungkus lumus untuk membawa nama negara ke persada dunia. Kami membuat persiapan hampir 8 bulan dan kami sangat bersedia dengan ilmu yang cikgu Hasfa curahkan. Mana mungkin seorang insan biasa sanggup berkorban tinggalkan keluarga saat malam hari demi membantu kami mencapai impian untuk menjadi juara dunia. Di siang hari, Cikgu Hasfa perlu bekerja sebagai seorang guru malah di malam hari perlu menjadi pembimbing kepada kami. Beliau sangat marah sekiranya kami tidak bertanyakan soalan kepadanya kerana malu bertanya sesat jalan. Bagi saya beliau seorang hero yang patut disegani. Beliaulah segala galanya kerana tanpa beliau siapalah saya ? Alhamdulillah di peringkat dunia, kami berjaya memenangi anugerah Women in Motorsport by FIA dan berada di tempat ke 9 drpd 50 pasukan. Disebabkan cikgu Hasfa kami telah belajar begitu banyak perkara tentang kehidupan kerana kami telah berhadapan dengan pelbagai tetamu kehormat serta syarikat syarikat korporat bagi menawarkan kerjasama bersama mereka. Bagi pihak saya sendiri, saya merupakan seorang yang sangat pemalu dan gentar untuk bercakap di hadapan orang ramai tetapi selepas mendapat kata kata semangat serta latihan yang berterusan bersama cikgu Hasfa , kini saya sangat berani untuk berhadapan dengan sesiapapun. Kami juga telah belajar tentang kejuruteraan pada usia yg sangat awal kerana silibus ini hanya dipelajari ketika di universiti kelak. Kami berasa sangat beruntung kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan cikgu Hasfa. Terima kasih cikgu Hasfa and dex-rac Racing team dari SMK Sultanah Hajjah Kalsom!