Mdm ANDE NOOR MUNAWARA BINTI HJ BACHOK
From SMK MOHD KHALID, JOHOR BAHRU

Nominated by TENGKU FARHAH DIANA BINTI TENGKU MD SHAFIE
Dialah ibu dialah guru ... Dialah inspirasiku .. Juga inspirasi teman-teman seperjuanganku ... bahkan seluruh warga sekolah tempat kami menimba ilmu. Panggilan BONDA untuk insan luarbiasa ini sangat tidak asing buatku. Tapi buat rakan-rakanku serta seluruh warga sekolah dari kalangan para pelajar, guru-guru, staf sokongan, pekerja pembersihan, pengusaha kantin dan dewan makan asrama, pengawal keselamatan hinggalah kalangan ibu bapa dan komuniti semua menggunakan panggilan mesra BONDA untuk insan luarbiasa ini. Meninggalkan alam persekolahan saat paling saya dan rakan-rakan takuti. Sentuhan bonda kepada anak-anak didik dan warga sekolah menjadikan kami bakal merindui BONDA. Tutur bicara bonda, sentuhan kasih bonda menjadikan kami sangat dekat dan mengagumi beliau. Kepimpinan beliau penuh ciri-ciri keibuan. Senyuman beliau meruntun hati kami anak-anak didik beliau. Beliau kaya nasihat dan tunjuk ajar serta tidak pernah kedekut dengan doa dan menyantuni kami penuh kasih sayang. Peristiwa paling menyentuh hati kami dan memberi kesan yang sangat mendalam serta membekas dalam hati kami apabila 2 minggu menjelang saat kami menduduki SPM salah seorang rakan sekelas saya bernama KHAIRUL IMRAN ditakdirkan HILANG PENGLIHATAN kedua-dua belah mata. Di saat sangat genting dan kritikal seakan-akan mustahil untuk Imran menduduki SPM seperti yang diharapkan oleh semua calon SPM. Namun saya melihat sendiri betapa gigih dan kuatnya bonda memberikan semangat dan kekuatan kepada Imran. Imran dirawat di Hospital Selayang. Meski subuk dengan tugas dan rutin sebagai Pengetua, bonda berupaya meluangkan masa berada di Hospital Selayang memotivasi dan menjadi sumber inspirasi untuk Imran. Saya dan rakan-rakan kagum dan bangga dengan komitmen bonda menyantuni Imran. Johor Bahru ke Selayang bukanlah jarak yang dekat. Saya yang mengiringi bonda mewakili rakan-rakan melihat sendiri betapa Imran seakan-akan mendapat inspirasi dan kekuatan tersendiri dengan kehadiran bonda yang sememangnya tiada siapa pun yang menyangka. Suara bonda, kata-kata bonda, sentuhan kasih bonda dapat saya rasakan tulus dan ikhlas untuk Imran. Imran menjalani pembedahan diiringi doa restu tulus daripada bonda dan kami rakan-rakan Imran serta warga sekolah seluruhnya. Alhamdulillah ... pembedahan Imran berjaya. Imran dibenarkan pulang beberapa hari kemudiannya. Bonda membawa kami menziarahi Imran dirumah. Kedengaran suara bonda memberitakan khabar gembira buat Imran. Persiapan Imran menduduki SPM telah diuruskan sebaiknya oleh pihak sekolah. Pihak PPD dan JPN bersetuju memberi kemudahan jurutulis utk Imran. Guru-guru berdungguh-sungguh memberi bantuan akhir dan tips peperiksaan untuk Imran. Saat menghadapi peperiksaan SPM .. suara kasih bonda tetap menusuk cuping telinga Imran. Ternyata bonda terus memberi inspirasi bukan sahaja kepada Imran tetapi juga kami semua. Lebih mengkagumkan sepanjang SPM bonda akan bermalam di pejabat sekolah kerana seawal pagi usai solat subuh bonda akan menyantuni anak-anak Aspura dan Aspuri yang berjauhan dengan ibu bapa untuk melayani sarapan pagi mereka, dan akan menjadi orang pertama membuka dewan peperiksaan untuk calon-calon dan petugas SPM. Sungguh luarbiasa BONDA kami. Kerana kasih bonda, kerana keprihatinan bonda, kami terus bersemangat menjalani SPM hingga ke akhirnya. Alhamdulillah .. kami telah hadiahkan kejayaan cemerlang buat bonda. Imran yang hilang kedua-dua penglihatan menjelang SPM telah menghadiahkan STRAIGHT ‘A’ untuk bonda. Sesungguhnya ... SEMARAK KASIH BONDA menghangatkan perjuangan kamidan menginspirasikan usaha kami untuk terus berbakti dan menjadi insan luarbiasa seperti bonda. Bonda insan luarbiasa .. Bonda inspirasi kami Bonda ilham kasih kami SEMARAK KASIH BONDA UNTUK KAMI SEMARAK KASIH BONDA UNTUK DUNIA PENDIDIKAN YANG BELIAU CINTAI .... Kami SAYANG Bonda Bonda SAYANG Kami Terima Kasih, Bonda Terima Kasih, Cikgu.