Nominees

Mr BEITOL @AHMAD NASRUN BIN MORUSUN

From SK SUANGPAI, PETI SURAT 319, 89058 KUDAT SABAH

Mr BEITOL @AHMAD NASRUN BIN MORUSUN's photo

Nominated by WIELIANAH MOJUTAL @HANI FAIZAH ABDULLAH

Guru inspirasiku ialah Cikgu Ahmad Nasrun bin Morusun yang mula mengajar di sekolah saya SK Suangpai tahun 1992. Pada waktu itu tahun 1992 umur saya baru 12 tahun manakala umur guru saya iaitu cikgu Ahmad Nasrun ialah 23 tahun. Dia banyak memberikan saya motivasi dengan memberikan semangat agar belajar bersungguh-sungguh mengubah nasib keluarga agar menjadi lebih baik. Dia juga memberikan saya kata-kata perangsang agar tabah menghadapi apa juga cabaran. Sewaktu saya di sekolah menengah pada tahun 1993-1997, Cikgu Ahmad Nasrun terus memberikan motivasi kepada saya agar belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Impian saya tercapai. Aku mendapat keputusan yang baik dalam SPM dengan Pangkat 2 dan layak masuk Tingkatan 6. Walau bagaimanapun, mungkin jodohku sudah sampai. Aku tidak dapat meneruskan pelajaranku kerana aku berkahwin dengan seseorang iaitu guruku sendiri iaitu Cikgu Ahmad Nasrun. Aku ingatkan aku tidak ke mana-mana lagi kerana sudah berkeluarga. Hanya tangisan aku mampu lakukan kerana melihat kawan-kawan lain naik ke tingkatan 6. Aku pula semakin hari semakin sarat mengandung anak pertama. Guruku dan cikguku kini bergelar suamiku (Cikgu Ahmad Nasrun). Namun, guruku (suamiku) rupanya bukanlah insan yang mudah mengabaikan cita-cita pelajar dan cita-cita seorang isteri. Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, suamiku (cikguku) sanggup melupakan tawaran ke UPSI 1998 semata-mata memberikan tumpuan kepadaku dan memberikan laluan kepadaku untuk belajar nanti. Tahun 2000, aku dihantar oleh guruku (suamiku) belajar di Kolej PTPL Sabah dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat. Aku hanya berendam air mata kerana terpaksa tinggalkan anak kecil yang baru berusia 1 tahun 4 bulan. Guruku (suamiku) terus memberikan sokongan dan inspirasi dengan mengatakan bahawa dia sanggup menjaga anak kami. Terima kasih cikgu terima kasih suamiku. Aku pula perlu terus belajar demi mencapai cita-cita sama seperti kawan-kawan lain yang berjaya dalam STPM cuma laluanku ini berbeza dengan mereka. Aku telah mencuba mengambil persendirian STPM namun gagal 100% kerana tidak dapat menumpukan kepada pelalajaran kerana tumpuan kepada anak pada usia muda 18 tahun. Setelah tamat Diploma tahun 2001 pada usia 21 tahun, aku bekerja sebagai tutor sambilan di IT BASE KUDAT. Segalanya atas dorongan cikgu Ahmad Nasrun yang kini menjadi suamiku. Tahun 2005, anakku yang kedua berumur 1 tahun 6 bulan dalam usiaku 25 tahun. Atas inspirasi daripada guruku (suamiku) aku teruskan belajar dalam bidang pendidikan iaitu Sarjana Muda Pendidikan IT di UNITAR SABAH. Ketika itu juga, sekali lagi suamiku (guruku) sanggup menjaga anak-anak kami yang masih kecil. Alhamdulillah, setelah aku tamat belajar dan konvo pada tahun 2008, aku mendapat tawaran bekerja di sebuah sekolah menengah swasta di Kudat Sabah selama 1 tahun 7 bulan. Tahun 2010, aku memulakan tugas rasmi sebagai guru siswazah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di sebuah sekolah kerajaan iaitu SMK St Peter Kudat Sabah. Ketika itu aku pun sudah berusia 30 tahun. Namun aku telah melalui hidup ini dengan penuh “Trail” dan liku-liku dan sedikit berbeza dengan kawan-kawanku yang lain yang bergelar pelajar sepenuh masa. Aku pula bergelar isteri pada usia 17 tahun 9 bulan dan terpaksa bergolok bergadai keringat dan masa untuk meneruskan cita-cita tetapi alhamdulillah kerana aku punyai seorang guru inspirasi yang menjadi suamiku. Tahun 2012, kata guruku (suamiku), “genggam bara api biar sampai jadi arang.” Aku dihantar lagi oleh guruku (suamiku) untuk belajar dengan mengambil Master Pendidikan di OUM (Open University Malaysia ) Sabah. Seperti masa ambil diploma dan Ijazah Pertama, anak-anak kami baru berusia 1 tahun lebih untuk ditinggalkan pergi belajar. Kali ini pun anak kami yang ketiga baru berusia setahun lebih. Bezanya kali ini, aku dan guruku (suamiku) sama-sama belajar. Suami mengambil Sarjana Muda Pendidikan di OUM tajaan KPM dan BPG manakala aku pula Master Pendidikan. Kali ini lebih manis kerana aku dan cikguku (suami) sama-sama belajar di universiti yang sama. Anak-anak pula, kadang-kadang kami terpaksa bawa bersama ke universiti. Tabahnya cikguku (suamiku) selama 13 tahun untuk menantikan masanya untuk dapat belajar semula di universiti semata-mata memberikan laluan kepadaku muri dan bekas muridnya yang kini sebagai isterinya. Guruku juga suamiku juga. Itu memang sudah ditentukan dalam suratan Illahi. Dia bukan setakat guru pembimbingku semasa aku di sekolah rendah dan menengah tetapi guru agamaku juga. Tahun 1998 (21 tahun dahulu) ketika aku baru berumur 17 tahun 8 bulan, aku memeluk Islam dengan hidayah-Nya. Ini membolehkan aku bernikah dengan guruku waktu itu yang kini suamiku (Cikgu Ahmad Nasrun). Aku diberikan bimbingan agama sebaik-baiknya kerana cikguku (suamiku) tahu yang aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga Islam. Dalam kesempatan ini, jika ditakdirkan suamiku Ahmad Nasrun (Guruku inspirasiku) tidak memenangi anugerah McDonald ini, saya tidak kisah kerana cikguku Ahmad Nasrun telah memberikan apa yang terbaik buat aku sekeluarga, malahan sekolahnya yang telah memenangi banyak anugerah. Guruku (suamiku) juga merupakan seorang Guru Cemerlang DGA34, seterusnya GURU CEMERLANG DGA38 dan kini Guru Siswazah DG42 dan sudah berkhidmat selama 27 tahun di sekolahnya. Guruku Inspirasiku. Terima kasih Cikguku AHMAD NASRUN MORUSUN yang juga merupakan suamiku. Semoga KISAH BENAR ini menjadi inspirasi buat semua pembaca. Terima kasih Pencadang, WIELIANAH MOJUTAL @HANI FAIZAH ABDULLAH Guru SMK PINAWANTAI KUDAT SABAH.