Mr ANBARASAN A/L MUTUGAYAN
From SJK(T) TAMAN TUN AMINAH
Nominated by AZAN ASHRAF BIN RAHMAT
Wassalam.saya Azan Ashraf atau nama panggilan sebagai Azan ingin menceritakan pengalaman saya bersama Jurulatih saya iaitu Cikgu Anba sepanjang Latihan Pusat Olahraga di Muar hingga Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Darul Aman Alor Star, Kedah pada tahun 2014. ‘Cikgu Anba’….beliau adalah seorang jurulatih yang banyak memberi inspirasi kepada saya,malah dia juga adalah insan kegemaran dalam kehidupan saya.Kasih sayang dan komitment merupakan gambaran yang paling tepat untuk saya ungkapkan beliau sebagai ‘Role Model’ saya. Walaupun beliau bukanlah beragama Islam, bukanlah berbangsa Melayu, tetapi semangat serta komitmen yang beliau diberikan demi melatih kami atlet-atlet olahraga yang berbilang kaum sungguh terpegun.Selain itu, sifat beliau yang peramah ,penyayang dan suka mengambil berat tentang atlet-atlet lain sangat disukai oleh ramai. Saya kenal Cikgu Anba semasa latihan Pusat Olahraga MSSM di Muar.Beliau menjadi salah seorang jurulatih bagi acara Relay 4x400m dalam Kontinjen Negeri Johor.Pada mulanya,saya tak kenal sangat Cikgu Anba kerana beliau merupakan jurulatih dari Daerah Johor Bahru.Maklumlah saya atlet dari Daerah Kulai.Sepanjang latihan pusat, beliau begitu gigih dan bersungguh-sungguh melatih kami dengan teknik –teknik yang bersistmatik dan berkesan.Teknik-teknik yang saya belajar dari beliau masih segar dalam ingatan walaupun sudah hampir 5 tahun. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi cerita secara lebih mendalam dimana saya begitu terpegun dengan Cikgu Anba sebagai seorang Jurulatih yang berkarisma dan juga dijadikan sebagai idola saya.Semasa acara akhir Relay 4x 400m dalam Kejohanan Olahraga MSSM, saya dan rakan-rakan atlet saya telah berputus asa kerana peluang kami untuk mendapat pinggat Emas sangat tipis.Sebagai jurulatih acara Relay Cikgu Anba terus memberi nasihat dan dorongan supaya terus berjuang.Beliau sentiasa berkata “ Sebelum pergi ke perang jangan mengaku tewas,perlu berani mengharungi persaingan dengan semangat berjuang,pergi dengan harapan dan pasti pulang dengan kejayaan”.Itulah kata-kata yang menyuntik semangat pasukan relay kami sehingga mendapat Pingat Emas dalam Acara Relay 4x400m kategori Lelaki 18. Kejayaan ini sangat berprestej tinggi dan juga membuat bangga satu kontinjen negeri Johor.Beliau adalah inspirasi saya di mana sentiasa menjadikan atlet-atlet itu adalah insan yang mempunyai potensi tinggi walaupun bukan sama bangsa. Saya juga turut terpesona dengan sifat kasih sayang dan suka mengambil berat Cikgu Anba terhadap kebajikan murid-murid. Nilai-nilai ini terserlah apabila salah seorang atlet lompat jauh dari kontinjen kami mengalami kudis di tangan selama beberapa hari semasa latihan pusat di Muar.Atlet itu mengalami kesakitan sejak beberapa hari kerana tiada ubat untuk sapu malahan masakan di latihan pusat juga kebanyakan bermenu ikan dan telur.Masakan tersebut lebih merumitkan kudis di tangan atlet tersebut sehingga berjangkit kedua-dua belah tangan.Sebaik sahaja Cikgu Anba dapat tahu tanpa melengkahkan masa beliau memberitahu ketua jurulatih lalu terus membawanya ke klinik yang berhampiran.Beliau menggunakan duit sendiri untuk membayar bil rawatan dan juga membelikan makanan yang tanpa ikan atau telur supaya kudis dapat cepat sembuh.Peristiwa ini sungguh menyentuh hati saya dan membuatkan saya lebih menghormati beliau sebagai seorang Guru. Sekarang, saya baru menamatkan Diploma saya dalam bidang Sains Kejurulatihan di WIDAD University Colleges di Pahang. Walaupun sudah 5 tahun berlalu, kami masih berhubung untuk bertanya khabar dan berbincang tentang hala tuju masa depan saya. Kata-kata semangat dan nasihat dari Cikgu Anba sentiasa menjadi sumber dorongan dan inspirasi bagi saya untuk berjaya serta menjadi seorang yang soleh kepada keluarga. Tanpa cikgu, saya tidak akan berada dimana saya berada sekarang. Cikgu Anba telah menjadi inspirasi dan idola kepada saya untuk mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang Jurulatih yang sangat disenangi ramai seperti beliau. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cikgu Anba kerana Cikgu Anba telah menerima Anugerah Ikon Guru sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Johor pada tahun lepas iaitu 2018.Selain itu,beliau juga mendapat Anugerah Guru Penolong Kanan Kokurikulum Terbaik di SJK Tamil peringkat Kebangasaan pada tahun 2017. Jika ada rezeki saya turut mengharapkan Mcdonalds untuk mencalonkan Cikgu Anba ini sebagai guru inspirasi, sebagai tanda penghargaan saya kepada beliau.Saya berasa beliau adalah pendidik yang paling layak untuk menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald 2019 ini. Cikgu Anba memang seorang insan luar biasa.Tahniah Cikgu Anba.Selamat Hari Guru. ”Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi” Dengan hormatnya, Azan Ashraf