Nominees

Mrs Noraini binti Khashim

From Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang

Mrs Noraini binti Khashim's photo

Nominated by Nur Hidayah Binti Ismail

Semasa di tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 saya tidak belajar aliran akademik seperti pelajar yang lain. Ini kerana saya dihantar ke tahfiz untuk menghabiskan hafalan quran. Semasa di penghujung tahun 2017 iaitu ketika saya masih tingkatan 4, saya diminta oleh ibu bapa saya untuk menamatkan sesi hafazan di tahfiz berikut dan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2018 Bagi pelajar seperti saya,yang dibesarkan dari sekolah aliran agama sejak tingkatan 1,ianya hal yang pasti sukar untuk saya. Tambahan pula, saya tiada asas akademik menengah rendah dan atas. Walaubagaimanapun, ianya harus diteruskan. Semasa awal persekolahan saya di tingakatan 5 2018,saya diletakkan di kelas terakhir atas sebab, saya tiada asas akademik. Saya belajar seperti biasa, sehinggalah suatu hari semasa pdp matematik. Guru mata pelajaran berikut datang ke arah saya dan berbual mesra. Wajah beliau kelihatan bersih,matanya redup, tutur katanya cukup sopan dan senyumannya tidak pernah lekang di bibirnya Saya suka melihat watak dan peribadi guru tersebut. Oleh itu, saya sentiasa cuba memberikan tumpuan sepenuhnya kepada beliau. Belum ada guru yang saya ternanti-nanti kan kehadirannya ke sekolah seperti mana saya ternantikan kedatangan beliau. Selang beberapa hari, beliau berjumpa saya dan mengatakan bahawa saya mempunyai potensi yang tinggi. Beliau juga telah menyarankan saya kepada guru-guru lain untuk menaikkan saya ke kelas kedua. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah memasukkan saya kelas tuisyen risda yang mana,kelas itu hanya fokus kepasa 20 orang pelajar yang berpotensi. Kelas risda itu juga mempunyai semua subjek teras dan aliran yang tertentu. Ianya bagaikan suatu keajaiban ! Bagaimana seorang guru yang hanya mengenali saya baru seminggu, mampu melihat potensi yang ada di dalam diri saya dan berani meletakkan saya di kalangan pelajar yang telah disasarkan cemerlang oleh pihak sekolah, sedangkan saya hanya seorang pelajar yang tidak mengetahui asas akademik. Beliau sungguh berani untuk meletakkan harapan dan keyakinan ke atas saya Selepas saya dinaikkan ke kelas kedua. Guru yang mengajar saya mata pelajaran matematik,bukan lagi beliau. Tetapi guru lelaki. Saya agak kecewa,lantas berjumpa dengannya dan memohon kekal belajar bersamanya. Tetapi yang ada hanya kelas A yang terdiri dari pelajar kelas sains dan beberapa pelajar yang terpilih dari kelas sastera. Beliau memaklumkan kepada saya, bahawa kelas A itu, hanya untuk pelajar yang telah beliau sasarkan untuk mendapat gred A di dalam subjek SPM matematik. Ini kerana,latih tubi yang diberikan ialah berperingkat tinggi dan proses pembelajarannya pantas. Walaubagaimanapun,beliau mengizinkan saya untuk turut serta selama seminggu. Beliau ingin melihat pencapaian saya di dalam peperiksaan penilaian 1 matematik yang akan datang. Saya sungguh terkejut dan bersyukur kerana berpeluang untuk turut serta bersama rakan rakan di kelas A. Lagi sekali ! Beliau berani melakukan sesuatu yang tidak ramai mampu melakukan. Maka bermula lah episode yang baru bagi saya. Saya langsung tidak mensia-siakan usaha beliau yang telah menaikkan nama saya. Setiap hari pada masa rehat atau relief saya akan berjumpa dengan beliau dan bersama sama menyelesaikan soalan soalan yang aras tinggi. Pernah suatu hari, beliau mempunyai masa lapang selama 2 jam. 2 jam yang lapang itu beliau gunakan untuk mengajar saya silibus tingkatan 4 secara terus. Beliau sama sekali tidak menunjukkan wajah penat atau putus asa,malah terus memberi saya sokongan dan dorongan. Berkat doa keluarga dan para guru, saya mendapat keputusan percubaan yang baik. Saya mendapat 5A 2B 1C. Saya juga memperolehi A solid dalam subjek matematik. Tiada kata yang mampu saya ucapkan selain Allahamdulillah. Saya berjanji akan buat yang terbaik di dalam peperiksaan SPM. 15 November 2018, The day has finally arrived. Hari peperiksaan SPM untuk subjek matematik. Besar harapan saya pada subjek matematik,ini kerana janji janji yang telah saya beri pada beliau,iaitu cikgu noraini. Memandangkan beliau tiada di sekolah kerana dilantik menjadi pengawas peperiksaan di sekolah lain, maka selepas solat subuh saya terus menghantar whatsapp kepada beliau. Saya memohon doa dan kemaafkan dari beliau. Pada pagi itu,saya masuk ke dewan dengan tenang,saya membayangkan wajah beliau di hadapan saya. Peperiksaan dimulakan dengan kertas matematik 1. Allahamdulillah saya dapat menjawab dengan sebaiknya. Selesai menjawab saya keluar dewan dan menenangkan diri saya untuk kertas 2 pula. Entah mengapa,hati saya jadi berdebar,fikiran saya jadi bercelaru,saya jadi terlalu takut dan beremosi. Saya meluru ke arah cikgu bahasa inggeris saya dan memeluk beliau. Saya masuk ke dewan dengan sisa air mata di pipi saya. Selesai sahaja membaca doa,saya membuka kertas peperiksaan. Hanya Allah yang mengetahui perasaan saya ketika itu. Soalan soalan yang keluar jauh lebih susah seperti yang dijangka,saya terdiam. Saya tak mampu menjawabnya,lantas saya meminta kebenaran dari pengawas peperiksaan untuk pergi ke tandas kerana ingin mengambil wudhu. Selesai sahaja berwudhu,saya terus duduk di kerusi dan mencari semula rentak saya. Masa semakin suntuk dan bahagian B saya belum selesaikan. Saya cuba menjawab sebaiknya tetapi tanpa sedar, air mata saya turun deras. Saya tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan saya tinggalkan hampir 5 soalan. Saya keluar dewan dengan tangisan yang tiada henti. Saya terus pulang ke rumah dan menelefon cikgu noraini. Beliau cuba menenangkan saya dan masih yakin bahawa saya akan tetap mendapat gred A kerana kertas 1 saya mendapat markah yang tinggi. Selepas pada peperiksaan matematik, saya menjadi sangat murung. Saya tiada keyakinan dan merasakan bahawa pasti keputusan matematik saya jatuh. Saya terpaksa menahan debar selama 3 bulan lamanya. Selama 3 bulan itu, bermacam-macam yang bermain di fikiran saya. Saya sudah sehabisnya redha atas keputusan matematik SPM saya Akhirnya tiba, 14 March 2019. Keputusan peperiksaan SPM 2018. Pagi itu sebelum pergi ke sekolah, saya sudah menulis surat permohonan maaf yang panjang untuk beliau. Saya yakin bahawa saya pasti tidak berjaya mendapatkan gred A di dalam subjek matematik. Saya tiba ke sekolah dengan debaran yang penuh di dada. Saya nampak beliau datang ke arah saya, terus saya menghulurkan salam dan maaf sambil menangis. Beliau hanya senyum dan mengajak saya masuk ke dalam dewan. Saya mengambil tempat di dalam dewan dan cuba mencari posisi yang selesa. Majlis di mulakan dengan senarai pelajar cemerlang dan anugerah dari guru mata pelajaran. Sedang saya duduk, tiba tiba nampak saya diumumkan sebagai pelajar yang mendapatkan gred A di dalam subjek matematik. Saya terlalu terkejut sehingga mengeluarkan jeritan kecil. Bibir saya tidak henti henti mengucapkan Allahamdulillah dan mata saya tidak berhenti dari berair. Saya turun pentas dan berlari mendapatkan cikgu noraini. Saya memeluk beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih, kerana beliau juga, saya berjaya mendapatkan 4A 3B 1C di dalam SPM. Siapa sangka, saya hanya belajar akademik dalam masa setahun tapi berjaya mendapatkan 4A di dalam SPM. Iaitu subjek matematik,sains,p.islam,sejarah. Walaupun nilainya kecil pada mereka yang lain, tetapi besar nilainya pada saya yang banyak kekurangan. 15 March 2019. Kegembiraan dengan SPM 2018 belum habis dikongsi bersama rakan rakan dan guru , saya mengalami kemalangan motor pada petang keesokan harinya Motor saya bertembung dengan motor superbike. Saya mengalami patah tulang belakang,rahang,hidung dan tengkuk. Kaki saya terpaksa dibedah kerana terdapat urat putus dah luka terlalu dalam . Saya sedar sahaja di hospital, ibu saya memaklumkan bahawa cikgu noraini telah menghubungi kakak saya untuk bertanyakan keadaan saya. Beliau meminta kakak saya menyampaikan pesan agar saya terus kuat dan ceria. Beliau ingin datang melawat saya pada keesokan harinya, tetapi emosi saya masih tidak stabil dan saya perlu dibedah pada hari itu. Selesai sahaja pembedahan, saya terus membuka whatsapp dan memaklumkan bahawa pembedahan saya berjaya. Sepanjang 8 hari saya di hospital, beliau tidak pernah lupa untuk bertanyakan khabar saya. Saya nampak di wajah beliau, keikhlasan yang beliau tonjolkan, beliau rasa sangat kesian dan simpati ke atas saya. Pada hari ke tujuh saya di hospital, beliau datang melawat saya dan memberikan hadiah. Sungguh, pada waktu waktu seperti ini, yang saya perlukan hanya sokongan dan dorongan untuk terus kuat jalani ujian yang Allah berikan. Allahamdulilah. Kini saya beransur pulih. Cuma masih tidak boleh berjalan. Oh ya, InsyaAllah bulan 5 saya akan sambung belajar ke tingkatan 6. Beliau juga telah berjanji,akan sentiada menhubungi saya dan kami tidak akan pernah lost contact dengan izinNya. Sebenarnya,pada permulaan cerita saya di SMK, saya mempunyai trauma yang kuat ke atas guru guru sebelum ni, jadi saya mengambil langkah untuk tidak menghampiri guru guru. Tetapi, beliau berjaya mengubah pandangan saya terhadap para pendidik. Saya melihat dengan jelas bahawa beliau dengan ikhlas nak membantu saya,ikhlas nak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan beliau sebagai guru,sebagai pendidik untuk saya. Tidak cukup dengan urusan pembelajaran, tambahan pula isu-isu berkaitan hal-hal peribadi saya,mendengar dengan penuh percaya dengan segala tutur kata saya,masalah saya. Beliau sedaya upaya mengetepikan kepenatan kerja dan segalanya semata-mata berhasrat untuk menjadi seorang guru yang baik. Beliau terlalu mulia di mata saya. Cikgu noraini, jika cikgu membaca cerita ini, saya mahu cikgu tahu. Awan dan bintang akan sentiasa mengubah kedudukan, tetapi bimbang jangan, sayang saya pada cikgu selamanya takkan. ❤