Nominees

Mdm Navillah binti Zulkifli

From Sunway University

Nominated by Atiqah Fathini binti Anuar

Ketika itu, saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan ujian ataupun dikenali sebagai Mock 1 di institusi pengajian saya. Oh,lupa untuk memperkenalkan terlebih dahulu. Nama saya Atiqah Fathini,seorang pelajar ACCA dan sedang menuntut di International Education College(INTEC), bertempat di Seksyen 17,Shah Alam, Selangor. Sebelum Mock 1, saya dan rakan sekelas sudah dimaklumkan bahawa kami akan mendapat pensyarah baharu untuk subject Management Accounting 1. Selesai menjawab peperiksaan, kertas kami terus akan ditanda dan keputusan akan terus diberikan kepada pensyarah kelas masing masing. Saya masih ingat ketika itu, saya sedang berjalan menuju ke perpustakaan dan tiba tiba, telefon bimbit saya berdering. Kedengaran satu suara wanita yang lembut bertanya saya, “Assalamualaikum, ni atiqah fathini ke?” Saya agak terkejut ketika itu memandangkan nombor itu ialah nombor yang asing bagi saya tetapi saya segera menjawab “waalaikumussalam, ye saya. Ini siapa ye?” dan suara itu menjawab “Saya Madam Navillah, madam MA1 awak. Bila awak free ye? Boleh datang bilik saya?” Sebagai seorang pelajar, saya sangat takut dan berdebar ketika mendengar ayat itu. Kemudian saya segera ke bilik beliau. Saat saya melangkah masuk, beliau menyapa saya dengan sangat ceria dan kegusaran saya tadi terus hilang. Kami berborak panjang, dia bertanya jika saya ada apa apa masalah untuk memahami subjek tersebut memandangkan markah saya agak rendah dan saya menceritakan apa yang terbuku di hati saya. Perbualan kami bukan hanya sekadar antara pensyarah dan pelajar, tetapi seperti perbualan seorang kakak dengan adiknya. Saya bukanlah seorang yang gemar untuk menceritakan hal peribadi kepada orang lain, lagi lagi kepada orang yang baru dikenali. Tetapi, saya rasa mudah untuk saya bercerita masalah saya kepada Madam Navillah, kerana beliau sangat memahami. Keesokan harinya, beliau masuk ke kelas saya untuk pertama kali. Kami menggelarkan beliau Madam V. Beliau seorang yang sangat sporting, memahami, pandai menarik minat pelajar dan sangat ceria. Saya antara pelajar yng lemah di dalam kelas, dan saya sering rasa rendah diri tetapi madam V sentiasa menaikkan semangat saya untuk belajar. Madam V sangat prihatin terutama kepada para pelajar beliau. Pada suatu hari, beliau menceritakan pengalaman beliau yang sangat mengagumkan kami. Beliau berjaya menjadi Chartered Accountant termuda di Malaysia pada usianya 22 tahun. 22 tahun!! Satu pencapaian yang amat membanggakan. Saya sentiasa bermotivasi untuk belajar kerana saya nampak beliau sebagai seorang ‘role model’. Saya masih ingat ketika saya gagal subjek FMA pada semester 2 CAT. Setelah melihat “49%-Unsuccessful Attempt” pada skrin komputer, saya hanya mampu terdiam. Keluar sahaja dari makmal komputer, saya terus menuju ke bilik beliau. Sepanjang jalan, saya tidak menangis langsung kerana saya seperti tidak mampu berkata apa apa. Apabila masuk ke bilik beliau, saya terus peluk dan menangis di bahu beliau dan beliau memujuk saya dengan kata kata semangat. Beliau sentiasa percayakan saya, dan sentiasa berkata saya boleh buat. Beliau percayakan saya, di saat saya tidak percayakan diri sendiri. Beliau berkata saya boleh, di saat saya rasa saya tidak mampu untuk meneruskannya. Beliau lah pensyarah yang melihat jatuh bangun saya kerana sehingga sekarang, walaupun saya sudah tidak lagi belajar dengan beliau, saya masih mengubungi beliau, memberitahu tentang peperiksaan final saya dan meminta nasihat beliau. Saya masih ingat ketika beliau berpindah ke universiti lain, saya sangat sedih. Saya rasa seperti salah seorang “support system” saya sudah tiada lagi di INTEC. Saya sudah tidak boleh lagi pergi ke bilik beliau untuk menceritakan masalah saya, ataupun cuma untuk berborak bersama beliau. Alhamdulillah, teknologi sekarang seperti whatsapp dan instagram banyak membantu saya untuk kerap berhubung dengan beliau sehingga sekarang. Beliau lah yang sentiasa menasihati saya untuk sentiasa bergantung kepada Allah. Saya sudah tahu akan pentingnya kebergantungan kepada Allah, tetapi hanya apabila saya mengambil CAT-ACCA, barulah saya sedar sebenar benar sedar. Beliau sentiasa mengingatkan saya dan rakan rakan untuk berdoa kepada Allah walau apa pun terjadi, untuk berfikiran postif walaupun tidak dapat capai apa yang kami inginkan. Beliau sentiasa menasihati saya “takpe fathini, awak dah usaha, serahkan semuanya pada Allah sekarang. Sebelum masuk exam, jangan belek buku dah, nanti awak pressure. Saya tau awak dah usaha dah, awak kena yakin dengan diri sendiri”. Walaupun saya sudah mendengar ayat ini setiap kali peperiksaan, saya tetap akan berasa lega apabila beliau memberitahu ini kepada saya. Beliau antara orang yang sangat gembira jika saya memberitahu tentang keputusan peperiksaan akhir kepada beliau. Beliau lah yang memberi semangat kepada saya apabila saya gagal dalam peperiksaan. Saya masih ingat satu ayat beliau apabila saya memberitahu beliau saya lulus kedua dua subjek, beliau membalas “Alhamdulillah tahniah fathini! Madam tahu awak boleh buat, madam sentiasa percaya dan yakin dengan awak. Kalau madam percaya dengan awak, awak kena la percayakan diri sendiri” and it means so much to me :’) Terima kasih madam v, banyak ajar saya erti kehidupan, mengajar saya untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah dan menjaga hubungan baik sesama manusia dengan cara madam sendiri. Saya sangat bersyukur Allah memberi peluang kepada saya untuk belajar dengan madam untuk 2 sem, and I really hoped it could be longer than that. Walaupun madam dah pindah sekarang, saya tetap sentiasa teringat madam setiap kali lalu bilik madam. Walaupun madam jauh di mata saya, tetapi madam sentiasa dekat di hati saya. Thank you for everything, madam V. I love you so much?? Sincerely, Atiqah Fathini Anuar.