Nominees

Dr Chin Ngien Siong

From Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching Malaysia

Dr Chin Ngien Siong's photo

Nominated by Hannah Fam Lee Ping

Saya merupakan seorang guru yang berjiwa pendidik penuh dalam bidang sukan. Selama 5 tahun setengah kehidupan saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak , beliau telah memainkan peranan penting kepada saya tidak dikira dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Inspirasi beliau yang bertapa besar sehingga saya dapat menerima dua sijil penganugerahan sebagai guru pelatih perempuan kokurikulum terbaik dan praktikum terbaik keseluruhan sebelum saya menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru. Beliau yang ingin saya calonkan sebagai “Guru Saya Insan Yang Luar Biasa” adalah Dr. Chin Ngien Siong. Beliau tamat pengajian dengan BSc dalam Sains Sukan (Universiti Malaya), CMBA (Universiti Malaysia Sarawak) dan PhD dalam Psikologi Sukan (Universiti Malaya). Beliau kini merupakan Ahli Panel Akademi Kejuruteraan Negara Malaysia dan Panel Pendidikan Kejurulatihan untuk Persatuan Badminton Malaysia. Beliau juga adalah perunding sukan dengan Perbadanan Sukan Sarawak dan telah bekerjasama dengan Pusat Sukan Negara Institut Sukan Sarawak, Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Persatuan Taekwondo Sarawak (WTF). Penerbitan beliau sebanyak lima buah buku iaitu semua berkaitan dengan sukan. Di samping itu, beliau juga mengkaji semula jurnal peer reviewed antarabangsa dan memenangi pingat dalam pertandingan inovasi kebangsaan dan antarabangsa. Kisah cerita antara saya dengan beliau bermula pada waktu beliau merupakan pensyarah saya untuk subjek matapelajaran yang berkaitan dengan pendidikan Jasmani. Kegigihan beliau semasa mengajar dan cuba sedaya upaya untuk membantu kami semua memahami topik serta bersikap ramah mesra. Saya merupakan seseorang yang berminat dalam semua hal berkaitan dengan sukan, maka dengan secara langsungnya beliau telah menarik perhatian saya. Sikap beliau yang tidak kedekut dengan ilmu serta kesungguhan untuk mencari peluang kepada saya untuk menceburi ilmu kesukanaan dalam kursus-kursus berperingkat negeri dan antarbangsa. Maka disebabkan dengan beliau, saya mendapat banyak peluang sebagai peserta untuk menyertai kursus-kursus yang bermutu tinggi. Bak kata beliau: dunia di luar sangat besar, anda perlu pandai tak berhenti-henti mencari peluang untuk mendapat ilmu kesukanan luar kelas serta mengetahui apa yang sedang berlaku di luar negara terhadap bidang kesukanan yang luas ini. (Jauh perjalanan, luas pengalaman) Selain itu, keberanian dan kepercayaan beliau terhadap saya telah menjadikan saya mendapat banyak pengalaman dalam menjalankan tugasan tambahan yang ada berkaitan dengan pengurusan sukan. Sebagai seorang guru pelatih, ia merupakan waktu emas kepada saya untuk mempelajaran serta mengetahui segalanya. Walau bagaimanapun, di sini munculnya kelemahan saya dari segi menguruskan masa diri sendiri. Hal ini kerana untuk menyelesaikan tugasan tambahan tersebut dalam masa yang ditentukan, saya selalu tidur sangat lewat. Apabila beliau mengetahui keadaan saya, dia terus menasihatkan supaya menjaga kesihatan diri serta menghadiahkan saya pepatah : “Don’t Work Hard But Work Smart!”. Secara jujur, pada mulanya saya memang tak memahami apa yang beliau cuba sampaikan. Tetapi pepatah tersebut telah saya ingatkan dalam hati sehingga beberapa tahun saya bekerjasama dengan beliau untuk menjalankan banyak tugasan. Akhirnya dengan cara urusan yang pentas dan sikap beliau yang bijaksana maka terjawablah soalan saya dalam hati selama ini. Beliau merupakan seorang pensyarah yang telah memberikan contoh baik kepada saya tidak dikira sebagai pendidik mahupun sebagai seorang suami ataupun bapa. Hal ini dapat saya kepastikan semasa isteri beliau mengalami masalah kesihatan yang teruk. Beliau terpaksa meninggalkan tempat kerja dan menggambil cuti tanpa gaji selama dua bulan untuk meneman isteri ke luar Negara mendapatkan perubatan yang paling baik. Walau bagaimanpun, beliau tetap tak lupa tugasan sebagai pendidik. Dia mesti juga mencari masa untuk “WhatApp” kami untuk bertanya khabar tentang pembelajaran kami. Beliau telah cuba sedaya upaya mrnyelesaikan semua perkara yang bawah tanggungjawabnya. Setiap pagi sebelum bermulanya tugasan seharian, beliau pasti akan turun awal ke ”Track” IPG untuk senaman pagi iaitu “Jogging” sebanyak 6 pusingan (2.4km) tanpa berhenti-henti. Disebabkan saya juga suka “Jogging” pagi maka saya akan menemui beliau di sana. Beliau telah mebuktikan kepada saya iaitu kekuatan dalaman beliau serta disiplin diri terhadap kesihatan dan imej sebagai seorang pensyarah pendidikan Jasmani dan kesihatan. Cara beliau menguruskan masa untuk semua perkara amat saya kagumi. Saya masih ingat sehingga hari ini apa yang beliau pesankan kepada kami sekelas sebagai bakal guru pendidikan Jasmani dan kesihatan iaitu jangan semacam memegang “remote control” di bawah pokok ataupun payung untuk “Indication” murid-murid menjalankan aktiviti senaman. Semua yang anda hendak mengajar pastikan juga anda dapat melakukannya untuk menujukan kepada murid-murid nanti. Beliau hendak kami menjadi seorang guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang bangga diri serta dapat buktikan kepada orang lain terutamanya anak-anak murid. Sebagai seorang guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan, saya memengang prinsip-prinsip yang beliau pesankan dan saya juga akan bersenaman bersama-sama anak murid semasa kelas pendidikan Jasmani serta latihan olahraga di sebelah petang. Kini saya sudah tamat pengajian di IPG selama 1 tahun 9 bulan. Namun beliau masih juga menghubungi saya untuk memberikan peluang kepada saya menyertai kursus-kursus yang bermutu untuk menambahkan ilmu dalam bidang sukan. Beliau sangat mengambil berat terhadap saya punya masa depan. Disebabkan nasihat beliau mengatakan kepada saya: Beranikan diri ke peringkatan yang lebih tinggi, kejarlah ilmu sebanyak yang boleh. Jangan risau! saya sentiasa ada untuk membantukan anda. Maka saya telah mengambil keputusan menyambungkan pelajaran saya ke “Master in sports psychology” serta dalam masa yang sama menceburi ke dunia sukan pendidik sebagai seorang jurulatih bahagian dan menjadi atlet wakil pendidikan Sarawak dalam olahraga. Dengan inspirasi yang dalam beliau kepada saya, telah menjadikan saya berani buktikan diri iaitu mengejar ilmu dalam bidang sukan ke peringkat yang lagi tinggi dan sentiasa cuba sedaya upaya menjadi contoh yang baik untuk anak murid saya.