Nominees

Mrs ANITA BINTI YOB

From SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA,

Nominated by SHARIFAH NUR ALYA FARZANA BINTI SYED ALWEE ALJUNID

GURU INSPIRASIKU Guru yang menjadi inspirasi saya ialah Puan Anita binti Yob. Beliau mengajar saya Bahasa Malaysia dan Sejarah. Beliau berumur 54 tahun. Beliau seorang guru yang baik hati dan peramah. Beliau juga seorang yang penyayang. Semasa pelajaran Bahasa Malaysia, Cikgu Anita mengajar saya membuat karangan, ulasan dan membina ayat. Semasa pelajaran Sejarah pula, Cikgu Anitaselalu bercerita tentang Tanah Melayu. Saya suka cara Cikgu Anita mengajar mata-mata pelajaran tersebut kerana saya dapat memahaminya dengan mudah. Semasa di sekolah, Cikgu Anita sangat prihatin terhadap murid-muridnya. Beliau akan memastikan murid-muridnya membuat kerja dan latihan dengan betul dan kemas. Saya dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan yakin atas nasihat dan dorongan Cikgu Anita. Setiap hari, beliau akan mengajar saya di Kelas 4 Dinamik. Beliau Nampak sungguh bersemangat untuk datang ke kelas kami. Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, beliau tetap datang ke sekolah untuk mengajar kami. Saya berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau selalu memberi nasihat dan motivasi kepada kami untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kami akan sentiasa mengingati setiap nasihat yang diberikannya supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Saya berharap agar Cikgu Anita dapat mengajar saya lagi pada masa hadapan. Saya berasa bangga kerana dapat belajar dengan guru yang berpengalaman ini dan berharap agar Cikgu Anita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira.