Mdm Nurashikin bt Muzafar
From SMK Convent

Nominated by Puteri Raihan Nazirah bt Abd Razak
CIKGU MAMA. Cikgu.'Seronoknya jadi cikgu.Gaji banyak,kerja pun senang.Dapat balik awal pulak tu.' Itulah kata-kata yang selalu didengari.Tanpa mereka sedar,di sebalik senyuman manis seorang guru dan derap langkah mereka yang utuh, tersimpan kemas sebuah cerita .Sebuah cerita realiti penuh onak dan duri. Di sini,aku ingin kongsikan kisah seorang guru yang aku panggil 'mama'. Betapa hebatnya mama,seorang guru yang fanatik dengan kerjayanya sehingga orang memandangnya tanpa satu cacat cela pun. Seawal pagi mama bangun.Bertungkus lumus,berperang dengan anak2 sebelum ke sekolah.Tambahan pula,suami mama bekerja di luar negeri.Jadi semua urusan di rumah mama lah yang perlu uruskan. Jejak pertama di sekolah,title mama sebagai seorang guru pun bermula.Mama seorang guru yang sangat proaktif.Pantang ada masa yang terluang, ada saja program dan aktiviti yang mama rencanakan untuk anak-anak murid dia.Mama kalau mengajar tak cukup dengan power point,dia sediakan nota tangannya sendiri untuk memudahkan kami belajar.Selain tu,nota-nota ringkas,soalan-soalan,aktiviti dalam kelas dan study group semuanya mama yang kendalikan.Seumpamanya,90% input yang dia bagi kepada pelajar,dan 10% saja yang pelajar perlu usahakan. Disebabkan sikap itulah,mama diamanahkan dengan banyak jawatan di sekolah.Dulu,sebelum mama mengandung,setiap hari aku tunggu mama sampai lewat petang.Sepatutnya waktu kerja habis pukul 2,tapi mama kerja sampai pukul 4.Kadang2 jam 5 lebih baru balik. Kadang2, mama nangis. Tapi takde siapa pun yang tau. Mama buat kerja sampai lewat malam, bersengkang mata dan bangun awal pagi. Tapi,mama tak pernah mengeluh yang dia penat. Dia buat kerja tanpa sikit pun keluhan keluar dari mulutnya. "Biarlah orang layan kita tak baik, tapi kita jangan balas.Sentiasa kena buat baik dengan semua orang" Mama selalu pesan macam tu. Cuti sekolah pun mama sanggup korbankan, buat kelas tambahan. Mama kata,kalau kerja kat lain boleh claim duit 'OT'. Tapi mama tak kisah walaupun sesen. Mama tak mengharapkan pulangan gaji yang lumayan.Yang mama harapkan hanyalah kejayaan semua anak muridnya. Mama tak pernah abaikan anak-anak muridnya walau seorang pun.Daripada pelajar yang pandai hingga lah yang lemah, mama tak pernah putus asa buat macam2 supaya anak2 muridnya faham apa yang dia ajar. Setiap penglibatan sekolah dalam apa-apa acara, mama buat bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Banyak pencapaian yang dia dapat, hasil kerja keras. Mama menangis dalam sujud. Allah saja yang tahu. Betapa letihnya, sedih dan patah hati dia lepaskan di atas sejadah. Ya, dia harus kuat dan terus kuat demi anak bangsa. Kepuasan di mata mama terpancar bila lihat anak-anak muridnya sekarang semua sudah berjaya. Ya,mama sangat fanatic dengan kerjayanya, sangat sayangkan sekolah dan anak-anak muridnya sampaikan anak-anak mama pun dinamakan sempena nama pelajarnya.Mama pernah cakap, nanti bila dia dah bersara, mama nak buat tuisyen kat rumah. Jauh sangat pemikiran mama sedangkan perjalanan masih jauh. Betapa besarnya harapan mama. Sebutlah nama mama kepada setiap seorang anak muridnya, mana mungkin mereka tidak kenal. Mama lah guru yang paling disenangi,disayangi dan disanjungi. Orang-orang disekeliling mama semua sayangkannya. Mungkin itulah hikmah atas keikhlasan mama menabur bakti demi anak bangsa. Mama sentiasa mahukan yang terbaik untuk setiap anak didiknya. Paling terbaik. Selagi nyawa dikandung badan, takkan mama rebah membina anak bangsa. Walau nanti rambut mama memutih dan kedut di wajah kian menyerlah, itu bukan bererti pengakhiran title seorang GURU buat mama. Kami, anak-anak mama menaruh harapan yang tinggi supaya dapat memberikan anugerah yang bermakna ini kepada mama yang kami sanjung tinggi. Tanpa dia, siapalah kami pada hari ini. Kepada mama, Kami sayang sangat pada mama. Terima kasih, buat macam-macam untuk kami. Terima kasih, sayangkan kami. Terima kasih, jaga kami. Terima kasih, didik kami sampai kami berjaya. Terima kasih atas segalanya, Cikgu Mama. TERIMA KASIH MCD. Kerana memberikan senyuman kepada mama setiap kali melihat kami gembira menikmati ayam goreng MCD percuma yang mama belanja. ❤?