Mr Suresh Kumar
From Smk Entabuan Tenom

Nominated by Hizelsy Friska Fidily
Sejak saya berumur 12 tahun, saya berasa sangat takut dengan guru ini kerana prnampilannya yang menunjukkan beliau sangat garang. Saya tidak berani untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Tetapi, saya tiada pilihan lain kerana hanya sekolah itu yang berhampiran dengan rumah saya. Ketika saya masuk tingkatan satu, saya mulai gerun dengan guru ini. Saya tidak berani untuk bertegur sapa dengannya kerana sikapnya yang garang. Beberapa tahun kemudian, umur saya telah meningkat. Kini saya telah berada dalam kelas tingkatan 4 sains tulen. Saya berasa takut untuk masuk ke dalam kelas tersebut kerana beliau mengajar di kelas tersebut tetapi saya memberanikan diri untuk masuk kelas tersebut. Guru ini sering mendenda kami tetapi dendanya tidak pernah membuat kami cedera. Beliau tidak pernah memarahi kami secara kasar. Beliau pernah mendenda kami pusing satu sekolah sambil angkat dua tangan ke depan. Walaupun sakit, tapi kami faham tujuannya mendenda kami. Selepas satu tahun berlalu, saya telah masuk ke tingkatan 5 sains tulen. Kini, baru saya kenal personaliti seorang guru yang telah saya geruni selama ini. Beliau terkenal dengan sikapnya yang 'caring', suka mengambil berat pasal pelajarnya. Baru saya faham tujuan beliau memarahi dan mendenda kami. Beliau ingin kami berjaya dan tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi. Beliau nengajar subjek addmath dan math. Semasa saya tingkatan lima, sekolah kami sentiasa mengadakan kelas yang di panggil skor A. Semasa saya mengikuti skor A math, kepala saya berasa sangat pening. Saya tiada selera mahu makan. Tiba- tiba gastrik saya menyerang. Beliau berasa sangat risau dengan keadaan saya. Dia kelihatan sangat cemas ketika itu. Selepas itu, dia mencari ubat untuk saya. Tiba-tiba, saya berasa mual dan sakit kepala. Ketika ingin turun tangga, saya jatuh kerana badan saya sangat lemah. Beliau berasa cemas..beliau mencari guru untuk menghantar saya ke hospital. Sebelum saya ke hospital,dia memberi semangat kepada saya supaya tidak pengsan dam sentiasa kuat. Saya bersyukur mendapat guru seperti ini. Guru ini sentiasa membuat lawak kepada kami semua. Dia selalu belanja kami makanan kalau masa dia mengajar.baru saya sedar. Meskipun garang, dalam diam ada sayangnya dan begitulah sikap beliau yang sangat 'caring'. We love you sir. Sir, selalu bagi nasihat sama kami.