Nominees

Mdm Marlina binti Mat Napes

From SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG

Mdm Marlina binti Mat Napes's photo

Nominated by AMIN BIN ZANUDIN

Ketika saya berada di tingkatan 5, terdapat seorang guru Chemistry yang sangat tegas dan bermulut laser. hahaha! Memang gurauannya kasar, tetapi, kami semua tahu niat beliau adalah untuk mendidik kami semua di SBPI Rawang. Saya tidak suka pada mulanya subjek Chemistry. Berkat diperli oleh Cikgu Marlina, lama-kelamaan saya semakin suka akan subjek ini sehinggakan saya boleh mengajuk cara mengajar Cikgu Marlina sehinggakan kawan-kawan saya sepakat memilih saya menjadi guru muda mereka. Pada suatu hari, Cikgu Marlina meminta saya mengajar di hadapan sehinggakan satu kelas menepuk tangan. Haha! SPM pun tiba. Saya menjawab sehabis baik. Saya tidak akan lupa akan momen yang berlaku pada 2010. SPM diumukan pada hari itu. Saya datang ke sekolah dengan menaiki bas kerana tidak mahu ibu bapa pergi ke sekolah, risau akan keputusan. Ketika di dalam bas di Pekan Rawang, dengan tidak semena-mena saya mendapat SMS daripada Cikgu Marlina. Beliau bertanya di mana saya dan mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya mendapat 11 A's dalam SPM 2009. Kegigihan, dedikasi, dan pengorbanan Cikgu Marlina telah memberikan saya 1001 inspirasi untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi seperti beliau. Pada tahun 2016, saya akhirnya menjadi seorang guru Bahasa Perancis di Sekolah Dato' Abdul Razak. Cikgu Marlina tetap berseloroh dengan saya, "Amin, nak x Major Bahasa Perancis dan Minor Chemistry?" Cikgu Marlina masih lagi ingin saya mengajar Chemistry. Saya menjawab, "teacher, saya mahu fokus kepada subjek Bahasa Perancis saya," Begitulah kisah inspirasi guru Chemistry saya yang kini merupakan Guru Cemerlang Subjek Kimia DG 48 yang telah banyak membawa para pelajar Inovasi SBPI Rawang ke seluruh pelosok dunia termasuk London, Romania, Istanbul, Seoul, etc. Terima kasih Cikgu Marlina atas suri teladan yang telah ditunjukkan! Kini, saya sangat bangga menjadi seorang guru! Teringat kata-kata beliau yang dahulu pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat minyak, "dulu saya bosan jadi jurutera, duduk minum kopi mengahadap mesin dan komputer sahaja, tapi sekarang, saya seronok menjadi seorang guru, boleh lahirkan lebih ramai jurutera dan menjadikan profesion perguruan sebagai profesion pilihan. YES! tiada salah menjadi pelajar cemerlang SPM dan menjadi seorang guru! Terima kasih semua cikgu!