Mr Naharudeen Othman
From Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Nominated by ABD RASHID BIN MD YUSOP
Cikgu Naharudeen Othman, seorang guru kini seorang pengetua cemerlang yang luar biasa. Bekerja tidak kira masa 24 jam 7 hari seminggu. Sentiasa ada untuk pelajar dan ibu bapa ketika senang dan susah. Sanggup keluar dari zon selesa semata-mata menyahut cabaran baru demi kebaikan para pelajarnya. Mudah mesra dengan panggilan "Big Daddy." Menaikkan nama sekolah dari ranking tercorot kepada antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pilihan. Sifat sabar dan dedikasi beliau menjadi inspirasi buat kami. Menyatukan hati dan semangat berpasukan antara pelajar, guru-guru, alumni serta PIBG. Pesanan beliau yang saya tidak lupa, "Biar kita awesome dengan cara kita." Semoga Big Daddy dan keluarga diberikan kebaikan dunia dan akhirat.