Mdm Hazrina Binti Hussien
From SMK Perempuan methodist ,Tengkera

Nominated by Anis Nabilah Arisha Binti Aris
Kisah bermula pada 2017 , kisah seorang guru yang mempunyai 1001 perasaan . Seorang guru yang ceria dari penampilannya . diuji dengan kematian suami dan penyakit kanser tahap 4 arwah ibunya . Kisah bermula ketika saya selesai percubaan spm , ketika itu beliau diuji dengan pemergian suami tercinta buat selama - lamanya . Meskipun di uji sebegitu beliau tetap ceria menjalani kehidupannya . Keputusan percubaan spm keluar dan saya mendapat markah paling rendah dalam kelas 5 terawal membuatkan cikgu kata " Macam mana nak buat dengan kau ni Anis ? " saya pada mulanya rasa kecewa kerana saya hanya mendapat 14/100 dalam subjek matematik . Sejujurnya , pada mulanya saya begitu kekok dan tidak bercakap banyak dengannya melainkan hal pelajaran . Namun begitu , beliau telah mengajak saya untuk bermalam di rumahnya selama 3 hari 2 malam bersama rakan saya dan meluangkan masa lapangnya untuk mengajar kami . Saya diberi banyak latihan untuk meningkatkan lagi markah matematik saya . sejak dari itu , saya dan rakan - rakan mula akrab dengan beliau dan selesa untuk berkongsi masalah . Bukan itu sahaja , saya dan rakan - rakan sering menginap di rumah beliau selepas SPM berhari - hari . beliau bukan sahaja guru yang sporting malah beliau memahami jiwa remaja kami dan bertindak sebagai rakan yang mendengar luahan seorang rakan ketika saya dan rakan - rakan mengalami masalah meskipun kami hanyalah pelajar biasa . Beliau juga banyak menghabiskan duit beliau untuk memberikan latihan - latihan kepada saya dan rakan dan makanan yang sedap - sedap . buktinya , saya semakin lama semakin bulat kerana beliau tidak pernah membiarkan saya dan rakan - rakan dalam kelaparan . Beliau bukan sahaja mengajar saya matematik malas mengajar saya tentang kehidupan dimana saya sering mengikutnya pulang ke Melaka dan dari situ saya belajar untuk lebih menghargai orang sekeliling saya sebelum mereka tiada . Berkat tunjuk ajarnya , saya dan rakan - rakan lulus dalam SPM meskipun saya tidak memperoleh A dalam subjek beliau tetapi saya dapat buktikan yang saya boleh . beliau menjadi inspirasi saya kerana , disaat beliau diuji dengan pemergian suami beliau tetap profesional dan gigih dalam mendidik para pelajar tanpa meminta balasan dari kami . bahkan , ketika itu beliau diuji lagi dengan arwah ibunya menghidap kanser , beliau tetap cekal menghadapi rintangan dengan senyuman diwajah . di mana sebelum beliau berpindah ke Melaka , beliau sering berulang - alik dari Negeri Sembilan ke Melaka setiap hujung minggu bagi menjaga arwah ibunya . Meskipun , saya dan rakan - rakan sudah tamat sekolah , hubungan kami tetap seperti dulu di mana , saya dan rakan - rakan sentiasa datang ke melaka untuk menginap dirumah beliau ketika cuti sekolah . Rumah beliau ibarat kampung kedua saya dan rakan- rakan . Beliau tidak ubah seperti seorang guru , ibu , kakak dan sahabat yang sentiasa berjiwa muda kepada kami kerana sentiasa menasihati seperti seorang guru ,menyokong apa sahaja yang kami ingin lakukan seperti seorang sahabat dan sentiasa meleteri saya seperti seorang ibu sehingga sekarang . Cikgu Hazrina , jasamu tetap ku kenang . Terima kasih , cikgu ..