Nominees

Mr PHANG SOON CHOI

From SMK BATU LINTANG KUCHING

Mr PHANG SOON CHOI's photo

Nominated by PHANG YONG ZHI

Guruku, insan yang mulia. Insan bagai dian yang sering membakar diri, mendidik generasi demi generasi, dengan penuh ikhlas untuk kejayaan anak nusa …. Demikianlah bunyi sajak yang sering didendang untuk menghargai dan mengenang jasa seorang insan yang bergelar guru khasnya sempena Hari Guru. Guru yang amat saya kagumi ialah Encik Phang Soon Choi. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Cina. “Penampilan seseorang yang bersih dan kemas memberi imej semangat dan jiwa yang berprinsip, teguh pendirian serta tinggi nilainya.” Begitulah didikan beliau pada hari pertama memasuki kelas yang masih segar di dalam minda saya. Beliau sentiasa berpakaian kemas serupa profesion dan kelihatan segak. Watak dan perwatakan beliau sering menjadi uswah hasanah dan teladan kepada kami. Dari lubuk hati saya, saya sudah menjadikan beliau sebagai idola saya. Saya belajar dengan penuh yakin dan terasa keikhlasan beliau sepanjang sesi pengajaran beliau. Dalam sesi pengajaran beliau, saya bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan tentang subjek tersebut, iaitu Bahasa Cina, malah saya juga dapat memperluas pengalaman hidup saya. Beliau suka berkongsi pengalaman beliau semasa menuntut ilmu. Menurut beliau, pembelajaran bermula dari penemuan masalah dan penyelesaian masalah. “Dalam dunia pembelajaran, ketabahan, kesungguhan dan kecekalan mesti ada dalam atma kita.” Didikan beliau terus diserap ke dalam minda saya sehingga menjadi pedoman hidup. Perkongsian pengalaman dan ilmu beliau sering menghiburkan sehingga saya tidak terasa sukarnya memahami sesuatu kandungan pelajaran walaupun kelas tersebut diadakan pada waktu luar sidang. Sehubungan dengan itu, saya bersiap sedia dengan semangat yang kental untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan saya pada masa depan. Selain itu, Cikgu Phang seperti penampilan beliau yang sering berpegang teguh pada prinsip hidup dirinya. Beliau mempunyai aspirasi untuk membentuk pelajar yang mampu berkoloabratif, bersosial, kerja sepasukan, proaktif, sedia menerima ilmu dan berdaya saing yang bertepatan dengan konsep 4 Pillars of Education, United Nation Education Science Cultural (UNESCO). Beliau juga menekankan pembentukan sahsiah selain aspek kepintaran dalam ilmu, bahkan juga insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Oleh itu, Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) merupakan unsur yang penting dalam sesi pengajaran beliau yang efektif. Walau bagaimanapun, kami sekelas seronok kerana sesi pengajaran beliau yang amat menarik menggunakan teknik peta minda yang diperkenalkan oleh Mark Buzan, peta I-think seperti peta buih, peta bulatan dan teknik ‘6 Thinking Hat’ untuk menarik minat pelajar-pelajar. Penyampaian pelajaran beliau telah membantu saya dalam aspek penjanaan idea, perkembangan idea dan membuat inferensi terhadap sesuatu isu yang disampaikan. Beliau pernah mendedahkan teknik pemikiran tersebut dalam pemahaman dan penghayatan sesebuah sajak. Bagi diri saya, pemahaman dalam sesebuah puisi adalah sukar dan memeningkan. Namun, beliau telah mengaplikasikan teknik peta minda dalam penjelasan sesebuah puisi. Saya berasa kagum dengan keterangan beliau yang mampu mengisahkan keseluruhan maksud puisi tersebut dengan sekadar gambaran peta yang cukup menyenangkan dan ringkas untuk menghayati puisi tersebut. Lebih-lebih lagi, saya telah mengubah persepsi terhadap sesebuah puisi yang sebenarnya tidak serumit yang saya terasa. Pelajaran beliau acap kali meringankan rasa beban terhadap pelajaran sebaliknya memudahkan sesi pembelajaran saya. Demikianlah watak beliau selaku pemudahcara di dalam kelas. Di samping itu, Cikgu Phang mahir untuk memotivasikan dan menasihati saya semasa menduduki peperiksaan. Beliau menghabiskan masa dengan mengadakan sesi mentor mantee bersama-sama saya. Saya merasai kesungguhan beliau tanpa mengenal penat. Saya pernah sekali menemui beliau yang letih sehingga tidur berbantalkan lengan di tempat duduk beliau. Perasaan saya yang bermacam rasa termasuk kasih sehingga tidak tersampai hati mengganggu beliau. Usaha beliau yang berterusan dengan penuh dedikasi, kecekalan, ketekunan, kegigihan dan berdaya saing mendorong diri saya untuk berjuang demi peperiksaan yang bakal saya duduki iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cikgu Phang juga selaku pembimbing dan jurulatih kepada saya. Beliau sentiasa memberi peluang kepada saya untuk menonjol bakat dalaman saya. Pada hemat beliau, beliau yakin diri saya boleh mempersembahkan yang terbaik dan mengharumkan nama sekolah. Setahu saya, beliau sering membawa pelajar-pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina Daerah dan Negeri, Pertandingan Menulis Karya Kreatif Bahasa Cina Negeri dan Kebangsaan, Pertandingan Berpidato Bahasa Cina Daerah dan sebagainya. Pernah diri saya bertanya, kenapakah saya yang dipilih beliau? Saya berasa takut dan bimbang untuk mencuba. Saya menolak permintaan beliau. Namun, beliau tidak pernah meminggirkan saya. Beliau memberi saya sebuah buku berkaitan riwayat hidup seorang pemimpin Singapura yang berwibawa iaitu Lee Kuan Yew. Saya tersentuh dengan cerita seorang hero, mentor dan pemimpin yang disanjung tinggi. Itulah guruku yang dikasihi, yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik dan menyokong saya untuk mewakili sekolah dalam setiap pertandingan dari peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa. Atas jasa beliau, saya berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan dalam Pertandingan Menulis Karya Kreatif Bahasa Cina Kategori Remaja Antarabangsa. Saya amat bersyukur atas didikan Cikgu Phang. Tanpa inisiatif beliau dalam menerangi perjalanan mengejar impian hidup saya, mustahillah diri saya dapat bersinar di mata semua orang. Setiap kali, setiap detik masa, tidak pernah saya lupakan jasa beliau – Cikgu Phang. Izinkan saya dengan sepenuh hati dari batin ingin meluahkan rasa hati dengan sekuat-kuatnya saya peluk beliau---- TERIMA KASIH, CIKGU PHANG….