Ms Nuraniza Binti Abdul Rahim
From Smk Tasek Utara 2
Nominated by Nurul Aida Binti Azlin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada McDonald kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan sagala isi hati saya kepada salah seorang guru yang paling saya sayangi selama ini. Saya Nurul Aida binti Azlin ingin berkongsi cerita kisah inspirasi saya dari guru saya ialah Cikgu Nuraniza yang mengajar di Smk Tasek Utara 2 JB. Saya mempunyai salah seorang guru yang sangat saya sayangi. Saya mengenali beliau pada tahun 2016 dan waktu itu saya berada di tingkatan 2. Waktu di tingkatan 2 beliau mengajar saya subjek sejarah, subjek yang wajib lulus dalam spm. Waktu di tingkatan 2 saya belum cukup rapat dengan beliau hinggalah penghujung 2016 hati saya terdetik untuk berkenalan dengan beliau secara lebih mendalam. Secara mata kasar beliau seorang yang lemah lembut, peramah serta baik dan dari pandangan mata hati beliau sangat baik apa yang disangkakan. Suatu hari saya sendiri hantar text kepada beliau menanyakan khabar dan sekaligus memberitahu kepada dia adalah cikgu kesayangan saya pada waktu itu. Dia mahu saya memberi sebab2 mengapa saya memilih dia sebagai guru kesayangan saya. Jawapan saya pada waktu itu ialah 'cikgu sangat baik'. Sejak dari situ kami mula rapat dan selalu berkongsi cerita bersama. Cikgu Nuraniza adalah guru yang peramah suka melantukan senyuman manisnya. Waktu saya tingkatan 3 rezeki tidak berpihak pada saya kerana beliau tidak mengajar saya pada tahun itu, tetapi saya masih berhubung dengan dia. Cikgu Nuraniza adalah diantara guru yang diminati dan disukai oleh para pelajar di Smk Tasek Utara 2 kerana sikapnya yang baik hati. Dia juga selalu mengambil berat tentang para pelajarnya termasuklah diri saya sendiri. Saya selalu bercerita dengan dia dan berkongsi masalah kepada dia kerana dia lebih faham sebab beliau sudah dewasa dan akan memahami perasaan anak muridnya. Saya bercerita pada dia tidak kira tempat dan masa beliau sanggup dengar walaupun banyak kerja yang menimpa kepada dirinya. Dia juga selalu memberi kata-kata semangat pada saya dan saya sungguh terharu kerana mempunyai guru yang bersifat keperihatinan serta penyanyang. Dia gemar belanja saya makan apabila waktu sekolah telah tamat dan kerap menghantar saya balik rumah hampir setiap hari sehinggalah ke harini. Saya sudah anggap beliau adalah seorang kakak saya sendiri dan keluarga saya. Betapa untungnya saya dan pelajar yang lain dapat guru yang baik hati seperti beliau. Sekarang saya berada di tingakatan 5 pada tahun 2019. Saya sangat sedih apabila tahun ini adalah tahun terakhir saya bersekolah dan tahun akhir digelar seorang pelajar. Saya tidak sanggup untuk berjauhan dengan Cikgu Nuraniza kerana dia salah satu pelengkap hidup saya. Pada hari guru yang lepas beliau telah dianugerahkan sebagai guru paling sporting dari pencalonan para pelajar Smk Tasek Utara 2. Penat lelah beliau tiada siapa yang tahu. Saya melihat dia hari2 tersenyum riang tetapi dia tidak pernah memberitahu yang dia penat tapi disebabkan saya kenal dia sudah 4 tahun saya tahu yang dia penat. Beliau pergi sekolah setiap hari pada pukul 7:10pagi dan balik pada pukul 5:30petang hampir setiap hari kerana ingin menyiapkan tugasan beliau. Dia guru sejarah tingkatan 5 dan dia bertungkus lumus mahu anak muridnya lulus dalam spm 2019 sperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun saya pelajar perempuan tetapi degil dan nakal saya telah mencabar kesabaran beliau. Beliau sabar demi mahu melihat anak muridnya berjaya dalam hidup. Pada setiap kali hari guru diadakan saya tidak putus memberi beliau hadiah dan sejambak bunga menandakan yang saya berterima kasih kepada beliau kerana telah mengajar dan mendidik anak-anak di Smk Tasek Utara 2. Orangnya juga friendly dan selalu bergurau senda dengan anak muridnya. Senyuman dan ketawa beliau adalah salah satu benda yang paling berharga buat diri saya. Beliau juga terlalu ambil berat tentang pelajar. Beliau selalu berkata kepada saya yang kejayaan bukan terletak pada huruf A dalam sijil, tetapi kejayaan itu ialah bila kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. 2019 adalah tahun akhir saya di sekolah dan tidak lama lagi perpisahan dengan Cikgu yang paling saya sayang. Semoga Allah memberkati perkenalan diantara kita. Saya tidak sanggup berjauhan dengan beliau kerana dia telah membawa separuh jiwa saya pergi bersamanya suatu hari nanti. Untuk Cikgu Nuraniza saya ingin memohon maaf sekiranya saya telah mengguris hati cikgu sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Saya sangat sayang pada cikgu. Sayang saya pada cikgu bagai air yang dicincang tidak akan putus. Saya doakan semoga Cikgu Nuraniza tabah mendidik pelajar untuk melahirkan masyarakat yang boleh membawa negara Malaysia ke persada antarabangsa. Semoga anugerah ini dapat kamu kenangkan suatu hari nanti guruku. Guru kau telah mengajar aku apa itu erti kehidupan dan betapa pentingnya ilmu pada seseorang itu untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Kenangan yang takkan saya lupakan apabila bersama cikgu nuraniza. Dari saya; Nurul Aida binti Azlin. GURU KAU PEMBAKAR SEMANGATKU & KAU SUMBER INSPIRASIKU.