Mdm NORHAYATI BINTI HASHIM
From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG LUMPUR , KUANTAN

Nominated by NUR CAMELIA ANNATASIA BINTI MOHD NOOR
Dialah pemberi paling setia , Tiap akar ilmu miliknya , Pelita dan lampu segalanya , Untuk manusia sebelum jadi dewasa . Inilah makna seorang guru . Guru merupakan anugerah kepada para pelajar . Guru diibaratkan seperti permata yang berkilauan di sekolah kerana guru ialah insan yang sangat mulia yang mempunyai sifat nilai murni dan sifat positif di dalam dirinya . Tugas seorang guru bukan sahaja mendidik dan mengajar pelajarnya dari segi akademik untuk menjadikan para pelajar pintar malah tugas seorang guru lebih daripada itu . Guru memikul tanggungjawab yang besar kepada para pelajarnya kerana guru seperti nukleas yang mengawal gerak geri para pelajar di sekolah . Guru inspirasi saya bukan sekadar guru tetapi seorang ibu yang melahirkan saya di muka bumi yang indah ini . Sifatnya di rumah sama seperti sifatnya di sekolah yang mengamalkan nilai murni yang baik kepada semua individu . Walaupun wajahnya serius yang amat digeruni oleh para pelajar tetapi hatinya selembut kapas . Waktu pembelajarannya seperti langit ( ada mendung ada cerah ) kadang kadang boleh bersuka ria dan kadang kadang perlu fokus dalam pembelajarannya . Namun , beliau sering menyemai nilai kasih yang adil kepada anak didiknya kerana tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih . Jika dimarahi atau dihukum oleh beliau , tidak bermakna beliau tidak menyayangi para pelajar tetapi beliau mahu pelajarnya membentuk akhlak yang terpuji supaya menjadi orang yang berguna pada masa kelak . Tugas ini biarpun sukar dilaksanakan namun beliau galas dengan hati yang tabah dan penuh ikhlas . Nilai kasih sayang seorang guru tidak boleh dibeli dengan harta ataupun wang ringgit kerana nilainya amat berharga . Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang guru yang saling menyayangi antara pelajar kerana sifat nilai murni seorang guru tidak boleh didapati di mana mana . Hargailah batu permata ini sebelum terlepas , para pelajar . Guru inspirasi saya juga tidak pernah jemu dalam tugasnya . Beliau seperti penyalur ilmu kepada para pelajarnya . Walaupun sekolah kami berada di kawasan luar bandar tetapi semakin terpencil terletaknya sesebuah sekolah , semakin bererti tugas seorang guru yang melontarkan maksud seseorang guru yang mengajar di sekolah luar bandar akan memikul tanggungjawab yang besar kepada para pelajar kerana kawasan sekolah luar bandar kurang mendapat kemudahan yang sepatutnya . Dengan adanya guru inspirasiku yang berdedikasi dan berusaha dalam tugasnya , segala perkara yang sukar telah menjadi mudah . Beliau sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk kejayaan anak didiknya . Hari cutinya tidak lagi seperti cuti kerana mengadakan kelas tambahan setiap hujung minggu untuk berkongsi ilmu bersama sama para pelajarnya supaya mereka mencapai kejayaan atau impian yang cemerlang yang bertepatan dengan kata mutiara iaitu " guru itu umpama lilin , membakar diri untuk menerangi orang lain " . Bagi meneruskan horizon pemikiran , bak kata Alex Osborn juga " lampu Aladdin tidak akan bersinar tanpa Aladdin yang menggosokkannya " yang bermaksud ilmu atau bakat seseorang pelajar tidak bererti jika seseorang guru tidak mencungkil atau mengasahkannya . Ada masa di bawah dan ada masa di atas , saat saya mengalami kegagalan dalam meniti impian , beliau seorang insan yang setia memberikan sokongan dan nasihat kepada saya dalam setiap perkara yang saya lakukan . Beliau tidak berputus asa memberikan tunjuk ajar yang sepenuhnya kepada saya sehingga saya mencapai impian untuk berjaya dalam akademik atau kokurikulum . Selama penat lelah beliau , usahanya berhasil dengan jayanya . Ramai anak anak didiknya berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang . Beliau berasa amat bangga dan menitiskan tangisan gembira atas kejayaan anak didiknya . Saya berjanji saya akan membalas budi baiknya dalam mendidik saya menjadi insan yang cemerlang pada kelak nanti . " What your give , you get back " , segala ilmu yang selama ini dicurahkan oleh beliau , akan saya balas dengan sekalung kejayaan hingga ke menara gading . Inilah matlamat saya sebagai seorang pelajar kepada beliau . Guruku Tersayang , Guru Tercinta , Tanpa mu apa jadinya aku . Itulah lirik lagu yang membincangkan bahawa tanpa guru siapalah kita . Guru Inspirasiku terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan ilmu yang positif kepada saya kerana perkara yang positif saat ini lah yang akan membawa pengaruh baik pada masa depan saya yang cerah . Ibuku Guru Inspirasiku , Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu , Budi yang diapungkan didulang ilmu , Panggilan keramat " cikgu " kekal terpahat , Menjadi kenangan hingga akhir hayat . Ibuku Guru Inspirasiku , terima kasih atas segala penat lelah selama ini yang telah melahirkan saya dan telah bertungkus lumus mengajar saya apa erti ilmu kehidupan . Saya sayang cikgu . Kepada Mcdonals , terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merungkai mengenai tema guru pada tahun ini . Terima kasih .