Ms Sia Min Yien
From SJK C Kiew Nang
Nominated by Chiew Nguk Jing
Saya mencalonkan Cikgu Sia, iaitu guru prasekolah anak saya. Beliau muda, tetapi beliau bertanggungjawab, baik, rendah diri dan suka menolong. Beliau berusaha sedaya upaya dalam pengajarannya. Sekiranya anak muridnya memerlukan bimbingan yang berterusan, beliau dengan senang hati akan membimbing mereka di luar waktu pengajarannya atau masa rehatnya. Anak saya selalu disuruh ikut kelas bimbingan yang diadakan oleh cikgu Sia, walaupun dia tidak suka belajar dan lemah, tetapi cikgu Sia tidak pernah lepaskannya. Anak saya sangat suka pada cikgu Sia, dia selalu memuji gurunya di rumah.. Bukan sahaja banyak anak muridnya sangat suka padanya, termasuk juga ibu bapa/penjaga. Saya selalu dengar ibu bapa lain memuji cikgu Sia semasa saya menunggu bawa anak saya di luar kelas. Beliau selalu merangsang anak muridnya berfikir untuk menyelesaikan masalah untuk meningkatkan penglibatan minat dan prestasi murid. Jadi, hasil pembelajaran murid sentiasa menunjukkan peningkatan. Apa yang buat saya terharu ialah slogan beliau, iaitu " biar anak-anak keras berusaha sekarang, senanglah masa hadapan mereka kelak". Walaupun anak muridnya cuma 6 tahun,murid prasekolah sahaja, tetapi beliau menekankan pentingnya pembelajaran, tidak bersikap sambil lewa. Beliau juga seorang guru yang mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah serta memberi pandangan yang bernas kepada ibu bapa/penjaga. Beliau menitikberatkan disiplin/tingkah laku anak murid. Jika ibu bapa/penjaga menghadapi masalah mendisiplinkan anak di rumah, kita mesti minta bantuan cikgu Sia beri nasihat/teguran kepada anak. Tunjuk ajar beliau berkesan, anak kita mendengarnya, dan berubah sikap mereka menjadi lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan dengar cakap di rumah. Beliau pun selalu mentoring kalangan ibu bapa/penjaga yang terlalu 'manjakan' anak-anak. Beliau akan berkongsi cara mengajar/layan anak-anak yang betul dan sesuai. Betul cakap Cikgu Sia, sikap anak akan menentukan kejayaan mereka kelak. Cikgu Sia ialah role model/idola kepada muridnya. Bagi ibu bapa, kita berasa 'lucky' kerana Cikgu Sia ialah guru prasekolah anak kita...