Nominees

Mr Anbarasan A/L Mutugayan

From SJK(T) Taman Tun Aminah

Mr Anbarasan A/L Mutugayan's photo

Nominated by Saminta raj A/L Nadarajan

Selamat sejahtera.Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn.Bhd yang merupakan penganjur program Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini. Pertandingan ini telah memberi peluang kepada saya untuk meluahkan perasaan saya terhadap guru kesayangan saya iaitu Encik Anbarasan A/L Mutugayan atau mudah dikenali sebagai Cikgu Anba. Pada mulanya Cikgu Anba telah mengajar Pendidikan Jasmani kepada kelas saya sewaktu saya di Darjah 4 di sekolah rendah.Sejak kecil lagi saya sangat berminat dalam acara larian.Maklumlah pada masa itu,Cikgu Anba merupakan Setiausaha Sukan sekolah maka beliau sentiasa berada di padang dengan melatih pra atlet bagi acara sukan. Cikgu Anba telah mengenali bakat saya semasa pemilihan atlet untuk kejohanan olahraga MSS Zon Bandar. Beliau telah memberi motivasi dan melatih saya untuk menjejak kaki ke peringkat kejohanan olahraga MSS Zon Bandar. Dalam kejohanan tersebut saya telah dipilih sebagai Olahragawan bagi kategori lelaki bawah 10.Manakala saya juga turut berjaya memecah rekod dalam acara 100 meter, 200 meter dan acara relay bagi kategori lelaki bawah 12 pada tahun berikutnya.Cikgu Anba telah mencungkil bakat saya sebagai seorang atlet olahraga yang berjaya sehingga mencipta Rekod Baru. Kejayaan saya diteruskan lagi dengan menyertai Kejohanan Olahraga peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM).Cikgu Anba sentiasa memberikan hadiah kepada saya seperti Kasut Spike,Running West,Jaket sebagai tanda meraih kejayaan saya. Beliau bukan sahaja memberi tumpuan dalam bidang Kokurikulum, malah kerap memberi bimbingan kepada saya untuk mencapai kejayaan dalam akademik terutamanya dalam UPSR.Saya berjanji dengan Cikgu Anba bahawa saya akan belajar bersungguh-sungguh walaupun aktif dalam sukan.Akhirnya, Saya telah mendapat 7A dalam UPSR.Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Anba atas sokongan dan dorongan sehingga saya berjaya memperolehi keputusan yang begitu cemerlang. Perjalanaan kerjayaan saya tidak berhenti di sekolah rendah malah cikgu Anba telah mencadangkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah yang berasaskan kepada sukan olahraga. Saya turut berlatih bersungguh-sungguh dalam acara olahraga dan telah pun mendapat banyak pingat sewaktu di sekolah menengah. Walaupun Cikgu Anba bertugas di sekolah rendah, tetapi beliau juga merupakan jurulatih Kontinjen Olahraga Johor Bahru. Ini menjadi peluang untuk saya berlatih bersama- sama dengan Cikgu Anba.Keprihatinan dan kasih sayang Cikgu Anba tetap tidak berubah walaupun saya telah sambung belajar di sekolah menengah.Beliau juga tidak pernah lupa untuk meraih Hari Lahir saya.Sambutan Hari Lahir saya yang sangat terharu adalah semasa latihan pusat MSSJ.Cikgu Anba membuat ‘Surprize Birthday Party’ di McDonald.Beliau memang suka belanja McDonald kepada anak-anak murid yang banyak menyumbang tenaga dan masa bagi mengharumkan nama Kontinjen Johor Bahru dalam kejohanan olahraga.Sikap menghargai dan kasih sayang Cikgu Anba membuat ramai atlet mudah didekati dan disenangi dengan beliau. Kini saya melanjutkan pelajaran saya di Tingkatan 6 di SMK Sultan Ismail,Johor Bahru.Saya rasa berterima kasih kepada cikgu Anba kerana tanpa beliau saya tidak mendapat mancapai impian saya sehingga menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga dan negara.Terima kasih cikgu Anba. Saya tidak lupa akan jasa baik cikgu Anba terhadap kejayaan saya. Saya doakan agar Cikgu Anba bersama keluarganya sentiasa hidup sihat dan gembira serta dilindungi oleh Tuhan. Terima kasih Cikgu Anba kerana berjaya menjadi inspirasi dan ‘Role Model’ kepada saya.Selamat Hari Guru Cikgu Anba. Disini saya mengakhiri luahan dengan sebuah pantun ; ‘ Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi nasihat.’ Yang benar, Anak muridmu… Saminta raj A/L Nadarajan No.H/P : 014-3182055