Nominees

Mr Abdul Jalil bin Che Kob

From Sekolah Kebangsaan Sungai Mengkuang

Nominated by Dorrah Yateemah Binti Abdul Jalil

Saya mencalonkan guru saya yang paling garang namun sangat mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya tidak kira dari segi pembelajaran, kebajikan, dan lain-lain. Guru saya ini adalah layak untuk menjadi pilihan pihak Mcdonalds kerana beliau telah melahirkan murid yang berjaya dalam pendidikan dan juga sukan catur di mana ramai anak buah caturnya telah menempa nama dalam peringkat kebangsaan dan menyertai acara2 sukan catur terbuka. Selain itu, saya juga amat mengkagumi guru saya ini kerana beliau tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak muridnya dalam pelbagai perkara. Guru saya ini juga merupakan guru fardhu ain dan telah menjadikan iqra 1 sehingga iqra 6 sebagai langkah permulaan untuk kami sebelum kami dapat membaca al quran mengikut hukum tajwid yang betul. Disebabkan penerapan iqra inilah, ramai anak muridnya dapat membaca al quran dengan baik dan betul sebelum menamatkan pendidikan sekolah rendah. Saya amat berterima kasih kepada guru saya ini kerana beliaulah saya menjadi insan yang berjayadan menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur.