Nominees

Mrs Mahaletchimi a/p Krishnasamy

From SMK AGASEH LAHAD DATU

Mrs Mahaletchimi a/p Krishnasamy's photo

Nominated by ALIS IKHMAL BIN MAD SALIM

Lahirnya seorang insan di negeri perak, merantau jauhnya ke negeri di bawah Bayu, Sabah. Demi menabur bakti dan jasa kepada anak-anak muda yang berada di sini. Beliau lahir pada 4 Jun 1965 yang merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pekerjaan mulianya sebagai guru bermula sejak 1983 sehinggalah kini. Banyak jasa yang telah ditabur oleh beliau saban tahun. Sejak 1983 hingga 1989 beliau menjadi guru sandaran dan beliau menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Lembah Pantai/Teruntum (Kursus Dalam Cuti) Pengajian Bi Sebagai Bahasa kedua. seterusnya menjadi guru maktab (PPDLD) sejak desember 1989 sehingga tahun 2000.Beliau meneruskan pengajianya di UPSI pada tahun 2000-2003 mengambil jurusan TESL dan mendapat pangkat sebagai guru siswazah sejak oktober 2003 hinggalah kini. Usaha beliau dalam menuntut ilmu bukan terhenti di situ sahaja, beliau melanjutkan lagi pengajian di UUM sejak tahun 2008-2010 iaitu untuk mengambil Master in Education. Beliau juga telah memulakan pengajian PhD di OUM Tawau semenjak tahun 2016 dan kini masih dalam proses pendidikan. Usaha beliau dalam menuntut ilmu telah memberikan inspirasi kepada saya, bahawa jika kita berusaha bersungguh- sungguh kejayaan pasti akan datang. Belau mendidik kami bagaikan mentang minyak yang penuh. Beliau mengajarkan matapelajaran MUET di sekolah kebanggaan saya SMK AGASEH LAHAD DATU SABAH. Nasihatnya tanpa henti kepada kami tidak pernah terhenti. Beliau banyak mengingatkan kami tentang ketuhanan. Walaupun kami berlainan agama dengan beliau, tetapi beliau sangak banyak memberi inspirasi dengan sentiasa memberi nasihat yang berguna kepada kami. Setiap kali beliau memberikan nasihat, saya pasti akan menulis semua nasihatnya di dalam buku latih tubihnya sebagai pembakar semangat kepada diri saya. Beliau mengajarkan kami dengan penuh kasih sayang, boleh dilihat daripada tutur katanya yang lemah lembut dan sopan menjadikan semua pelajar menghormati dia. Bukan digeruni tapi beliau dihormati. Pada setiap kali peperiksaan bermula, jika dia yang mengawasi kelas tersebut pada hari itu, jika beliau mempunyai tugasan mustahak yang lain, beliau tidak akan mengawasi kami semasa peperiksaan sedang berlangsung , namun beliau berpesan kepada kami bahawa keimanan kami yang mengawasi kami. Kami sekelas tersentak dan tersentuh dengan perkataan tersebut dan meneruskan peperiksaan seperti ada seorang pengawas garang yang mengawasi kami. Tambahan pula semasa beliau sedang mengajarkan subjek MUET kepada kami, Azan dikumandandangkan dan beliau memberhentikan pengajaran dan pembelajaran seketika bagi memberi laluan kepada Azan. Dalam masa yang sama kami menundukkan kepala di atas meja untuk merehatkan kepala dan tidur seketikan, namun selepas sahaja azan dikumandangkan beliau amat memarahi kami sekelas kerana beliau mengatakan kami tidak menghormati azan kerana tidur semasa azan itu dikumandangkan. Perkara ini amat menyentuh hati saya dan memberikan banyak inspirasi kepada saya. Jangan jadikan agama sebagai batas sempadan kepada kita semua. Nasihat demi nasihat kami terima dari semasa ke semasa antaranya bekiau sentiasa berpesan bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek. Kesemua nasihat yang diberikan oleh beliau adalah berunsurkan keagamaan yang mengajarkan nilai nilai murin. Atas semangat yang diberikan beliau, saya bersyukur kepada beliau , beliau telah memberikan saya semnagat untuk terus menuntut ilmu tanpa rasa penat dan bosan.Pada tahun sebelumnya, tahun 2018, sekolah kami telah mendapat 2 orang pelajar cemerlang dalam STPM iaitu mendapat PNGK 4.0 dengan A bagi kesemua 4 subjek STPM tersebut. Perkara ini hasil usaha guru-guru dan nasihat berguna daripada beliau banyk memberikan semangat kepada pelajar pelajar STPM di SMK Agaseh Lahad datu Sabah. Berkat usaha pelbagai pihak sekolah ini mendapat kecemerlangan dalam pelbagai bidang.Beliau juga bukan sahaja menasihati anak-anak muridnya berkaitan matapelajaran yang diajarkannya tetapi beliau juga menasihati para pelajar berkaitan subjek lain dengan memantau dan dan sentiasa menasihati kami. Beliau amat prihatik tentang pencapai akedemik kami. Pada satu hari semasa kelas baru hendak bermula, saya mendapati bahawa pembesar suara tidak dapat digunakan, kerana beliau ingin menjalankan ujian mendengar untuk kami. Pada keeseokan harinya beliau sanggup mengorbankan kewangan peribadinya untuk membeli pembesar suara mudah alih untuk kegunaan semua. Berkat usaha nya kami sekarang dapat melakukan latih tubi ujian mendengar dengan mudah. Saya juga merupakan seorang pelajar asrama, beliau amat prihatin terhadap kami. Pernah kami tinggal di asrama semasa cuti kerana masi terdapat kelas luar jadual. Beliau amat prihatin terhadap kami kerana dia memasaka lauk untuk kami dan mengahantarkannya kepada kami pada setiap hari. Usaha beliau untuk anak muridnya tidak pernah terhenti kerana beliau sebagai guru, hanya ingin melihat kejayaan kami, anak muridnya pada suatu hari nanti. Keprihatinan beliau, Usaha beliau untuk kami dan nasihat berguna kepada kami pada setiap hari memberikan banyak inspirasi kepada saya. Pesanan beliau yang tidak saya lupakan sehingga kini adalah "Banggakan Ibu Bapa Kamu". Pendidik yang berjasa, banyak memberikan nasihat dan memberikan inspirasi itu diberi nama Mahaletchimi a/p Krishnasamy