Mr Ismadey Bin Ismail
From MRSM Tun Abdul Razak, Pekan

Nominated by Nur Ainena Elisza Binti Zekmil Virgo Khasodgi
Guru yang bakal saya ceritakan merupakan guru pertama saya di MRSM dulu. Beliau merupakan guru homeroom saya dan dia bagaikan bapa kami sendiri. Inspirasi ini bermula apabila beliau meyakinkan saya untuk terus percaya dengan diri saya sendiri meskipun saya tidak tahu apa-apa. Peristiwa ini bermula ketika saya menyertai kelab robotik kerana suka-suka sahaja dan saya rasa belajar mengenai robot merupakan benda baru yang saya ingin cuba. Dan setelah setahun saya dalam kelab itu, saya rasa pengetahuan dan pengalaman saya sangat jauh beza dengan ahli-ahli yang lain. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk keluar dan petang itu, saya berjumpa dengan beliau di bilik guru. Saya memberitahu kepada beliau mengenai hasrat saya untuk keluar dari kelab itu lantas, beliau berkata bahawa saya boleh lakukan. Saya boleh belajar dari kawan-kawan yang lain. Itulah fungsi kelab itu ditubuhkan, untuk para pelajar berkongsi ilmu daripada pengalaman yang berbeza tapi minat yang sama. Meskipun ayat yang digunakan oleh beliau sangat ‘cliché’, itulah ayat yang memberi semangat dan inspirasi kepada saya untuk terus berada dalam kelab itu dan saya belajar banyak benda baru. Robofair 2014 dan 2016 adalah antara pertandingan yang kami sertai. Tidak lupa juga, kami pernah membuat persembahan umum di karnival MARA. Dedikasi dan masa yang diluangkan bersama para pelajar tidak dapat dibalas oleh kami. Hanya doa dan keputusan yang cemerlang sahaja yang mampu kami berikan. Usaha yang diberikan beliau tidak akan saya lupakan. Terima kasih Cikgu Ismadey!