Nominees

Ms PHANG OI MEI

From SJKC MING CHIH

Ms PHANG OI MEI's photo

Nominated by ONG JING RU

Cikgu Phang merupakan seorang cikgu yang mentransfomasikan pendidikan daripada bilik darjah ke luar bilik darjah. Pengetahuan pemakanan sihat dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan dididik dan diamalkan di kantin sekolah dan kehidupan harian. Cikgu Phang melancarkan Program Eat Healthy di mana kami berpeluang menikmati makanan seimbang dan sihat di kantin sekolah. Kebun sekolah yang dipanggil 'one meter square farm' yang dibangunkan oleh Cikgu Phang mendidik kami bahawa makanan yang sihat boleh diusahakan oleh kita sendiri. Kami berpeluang menanam, menjaga, menjual sayur-sayuran dan menjadi usahawan kecil di sekolah. Ini membolehkan konsep Matematik, Sains, Rekabentuk dan Teknologi dapat dipraktikkan di luar bilik darjah. Selain daripada itu, Cikgu Phang mengajar kami menyayangi bumi kita dengan mengamalkan kehidupan '5R'. Kami bersama-sama membuat mudball menyelamatkan sungai, membuat enzymes sebagai ubat penghalang serangga, mengubah sisa-sisa makanan sebagai baja tumbuhan dan menghargai benda-benda hidup dalam bumi ini. Cikgu Phang juga berusaha bersama warga sekolah mengumpul pakaian terpakai dan alat mainan untuk didermakan kepada orang-orang asli yang serba kekurangan. Kami terharu dengan idealogi Cikgu Phang iaitu hidup sihat dan sentiasa menghulurkan bantuan jika kita mampu. Ini merupakan pegangan hidup yang paling berharga dalam jiwa saya. Anugerah yang pernah di terima oleh Cikgu Phang Social Hero Award 2018 Anugerah SEAMEO Award 2017