Nominees

Mr Mohd Huzaire bin Ahmad

From Sekolah Kebangsaan Mempaga Dua

Mr Mohd Huzaire bin Ahmad's photo

Nominated by Tihani Batrisyia binti Abd Rashid

Guru yang baik adalah orang yang gigih Itulah kata-kata yang dapat saya gambarkan untuk seorang guru dan juga ibarat seorang ayah kepada saya. Cikgu Huzaire, seorang guru yang tidak seperti guru lain di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 kerana beliau ialah seorang guru yang kelainan upaya yang menaiki kerusi roda dan mengajar pendidikan muzik. Beliau lumpuh dari pinggang hingga ke kaki akibat kemalangan jatuh daripada pokok tetapi sejarah hitam tersebut dapat beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang guru walaupun dalam kepayahan berkerusi roda. Pelbagai dugaan dan ujian yang ditempuh oleh beliau untuk menyesuaikan diri dalam keadaan tersebut. Saya mengenali beliau ketika berumur 6 tahun dan bersekolah di pra sekolah Mempaga 2. Pada awal perkenalan, banyak persoalan di dalam kepala "cikgu ni pakai kerusi roda ?", "boleh ke cikgu ni mengajar?". Fikiran semasa kanak-kanak. Setelah beberapa tahun belajar dengan beliau subjek pendidikan muzik, saya lihat pada pandangan saya perkataan "Putus Asa" tiada dalam kamus hidupnya. Kesungguhan beliau mengajar saya dan rakan-rakan bermain alat muzik dengan keadaan begitu dapat mencetuskan semangat kepada saya dan sehingga kini saya berminat dengan bidang muzik. Beliau juga sering memberi nasihat dan motivasi kepada saya.Benarlah setiap ujian dan dugaan yang Allah beri disebaliknya ada hikmah yang sangat manis untuk beliau antaranya dapat menubuhkan galeri muzik, kumpulan nasyid dan kompang, patrol denggi iaitu Misi gempur denggi dan menjadi setiausaha panitia daerah pendidikan muzik. Beliau juga pernah mendapat anugerah guru cemerlang OKU Kebangsaan 2010. Kebangkitan selepas kecewa mencetuskan semangat baru yang jitu sehingga berjaya melonjakkan diri cikgu Huzaire setanding insan normal walaupun dia berstatus orang kelainan upaya. Dalam keadaan cikgu begitu saya bersyukur kerana Allah telah menghadirkan seorang isteri yang sangat baik untuk menjaga cikgu dan menjadi ayah angkat yang sangat baik kepada saya. Ini sahaja yang saya dapat ceritakan kerama Kesungguhan, kegigihan, kerajinan, dan pengorbanan cikgu Huzaire tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kesimpulannya, semenjak mengenali cikgu Huzairie ketika saya sering putus asa dan berfikiran negatif saya akan sentiasa ingat kisah hidup yang cikgu Huzaire hadapi. Kisah hidup beliau dapat memberi semangat kepada saya untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan jangan berputus asa sekiranya peluang masih ada.