Mdm Norimah binti Mat
From Sekolah Menengah Kebangsaan Putra

Nominated by Nisra Haslisha binti Khalid
Guru Ibarat Ilmu Bernyawa Menjelang tahun 2008, bermulanya alam pra persekolahan bagi diriku, pagi yang hening dan sunyi menemani diri melayan perasaan enggan berenggang daripada ibuku yang menghantar ku ke sekolah. Namun, lamunan ku terhenti apabila disapa dengan sebuah senyuman seorang wanita yang mengajak anaknya menghampiri diri ku. Pada awal pengenalan kami, aku berasa amat selesa dengan perwatakannya yang peramah, baik hati dan sedikit pun tidak malu untuk berkawan dengan ku. Mujahid, ya nama itulah yang mengubah kesunyian ku menjadi kanak-kanak yang aktif, ceria dan cerdas apabila acap kali ke sekolah. Personaliti fizikal ku yang berbadan gempal dan berkulit hitam manis ketika itu membuatkan tidak ramai yang hendak mendekati ku, hanya Mujahid yang tidak pernah jemu meluangkan masa kanak-kanak nya bersama ku. “Listen to your teacher and do good to everyone, love you!”, inilah pesanan seorang ibu kepada anaknya, Mujahid berkata sebelum ke sekolah ibunya akan selalu menasihati nya untuk sentiasa berkelakuan baik, katanya manusia yang baik akan sentiasa dirahmati Allah SWT tidak kira di mana jua kita berada. Kemurnian hati Mujahid membuatkan kami kekal berkawan dengan akrab sehingga lah meningkat ke alam sekolah rendah, kami masih berhubung dan belajar di sekolah serta kelas yang sama. Ketika melangkah ke alam sekolah rendah, aku masih seperti dahulu, masih belum bersedia dan masih gementar dengan suasana baharu. Aku masih memikirkan penerimaan orang sekeliling mengenai diri ku, aku masih memikirkan suasana pembelajaran baharu sama ada sukar ataupun tidak, aku adalah aku yang dulu, tidak pernah yakin dengan kebolehan dan kelebihan diri sendiri. Selain keluarga ku yang sentiasa menjadi tulang belakang ku, Mujahid juga tidak pernah lupa akan tanggungjawab nya selaku seorang sahabat yang sentiasa mencurahkan kata-kata semangat agar bersama-sama berjaya sehingga ke menara gading. "Believe in yourself Nisra, believe that you are the best among the best", kata semangat yang sering diungkapkan oleh rakan baikku itu kepada diriku. Zaman remaja kini pun tiba, tidak ku sangka rezeki aku bersama kawan baik ku tidak seiring, kami mendapat sekolah menengah yang berbeza. Mujahid mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh di Putrajaya manakala aku pula masih di Perlis . Sungguh berat dugaan ini bagi ku, pengukuh keyakinan ku kini telah jauh namun kata-kata semangat nya yang dahulu tidak pernah pudar daripada ingatan ku. Aku memasang azam yang baharu bersama niat yang murni terpahat di hati. Aku berjanji untuk menjadi insan yang berguna kepada diri ku dan dunia. Aku cuba keluar daripada zon keselesaan ku dan cuba mengharungi sesuatu yang lebih mencabar. Setelah beberapa minggu meneruskan pengajian ku di sini, aku berasa tertarik dengan seorang guru yang begitu lemah lembut dan senyumannya seakan aku pernah lihat suatu ketika dahulu. Cara tunjuk ajarnya cukup membuatkan aku selesa dan membuatkan aku merindui rakan baik ku yang nun jauh di sana. Tidak ku sangka tidak ku duga, guru tersebut merupakan ibu kepada rakan baik ku, aku mengetahui hal ini ketika kami berbual bersama-sama, katanya dia sudah mengenali diri ku kerana Mujahid sering menceritakan tentang ku, semasa di sekolah rendah dahulu, aku jarang sekali bertemu ibunya dan disebabkan itulah aku tidak beberapa mengenali ibunya. Puan Norimah, ya itulah nama guru yang aku inspirasi kan. Beliau merupakan guru yang berwibawa dan segala kata-kata atau ucapan yang dipertuturkan jelas menunjukkan beliau merupakan seorang wanita yang amat mencintai ilmu persis Saidatina Aisyah Al-Humairah. Masih aku ingat pengorbanan beliau yang sanggup membazirkan masa rehat beliau pada waktu tengahari dan beliau juga sering pulang lewat demi mencurahkan ilmu pengetahuannya kepada ku agar lebih faham dan mudah menyelesaikan pelbagai bentuk soalan secara intelektual dan saintifik bagi subjek Sains yang begitu mencabar pada era sekarang ini. Beliau tidak pernah merungut meluangkan masa lebihan beliau untuk mengajar aku yang lambat sedikit untuk memahami dalam sesetengah topik yang agar sukar dan beraras tinggi. Sungguh mulia jasa mu guru, sungguh mulia pekerjaan mu, sungguh cekal kesabaran mu dalam mencorak kehidupan kami dari generasi ke generasi. Alhamdulillah, aku berjaya mengenggam keputusan peperiksaan yang cemerlang dan juga terus dilantik sebagai pengawas sekolah. Walaupun aku berbadan gempal, aku tidak takut dan malas untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, aku telah mencabar diri ku dengan menceburi diri dalam bidang sukan boling padang. Aku yang mempunyai penyakit asthma kronik tetap teguh dan tidak gementar untuk bergiat aktif. Semua ini kerana atas dasar sokongan keluarga serta guru tercinta ku yang telah aku anggap sebagai keluarga ku. Segala nasihatnya, cara tunjuk ajar nya, sokongannya dan alunan suara nya yang lembut dalam ketegasan amat sama seperti Mujahid. Oleh sebab beliau, aku berjaya memasuki sukan boling padang ke peringkat kebangsaan bagi Sukan Malaysia (SUKMA). Siapa sangka seorang gadis yang berbadan gempal dan mempunyai asthma kini mampu membawa nama negeri Perlis ke mata Malaysia dengan bangganya. Terima kasih cikgu, kerana engkau telah berjaya mengubah diri ku ke arah kesempurnaan. Sejak aku berada di pra sekolah, engkau telah pun diutuskan Allah SWT untuk menjadi pembimbing diri ku yang serba kekurangan melalui awal pengenalan ku bersama anak mu yang berhati mulia seperti mu guru. Apa yang diajar kan kepada anak mu, tidak pernah dia sia-siakan malah dikongsikan bersama-sama kami di sekolah. Kini, engkau berada di depan mata ku dan masih menguntumkan senyuman seperti dahulu. Memang benar aku ditakdirkan untuk dibimbing oleh manusia yang berhati mulia seperti mu guru. Beberapa rangkap sajak telah lama aku gubahkan untukmu guru, dengarkan lah, Senyuman pertama kau kuntum kan, Tersimpan beribu ungkapan dan persoalan, Siapakah gerangan hamba wahai penenang hati yang lara, Melangkah penuh keikhlasan menghadiahkan peneman sejati, Apa jua kerisauan digubah menjadi bunga, Apa jua halangan digubah menjadi kemenangan, Sungguh asyik memori tujuh tahun lalu, Suara sejati kini pun pergi, Demi mengadilkan ilmu duniawi bersama ukhrawi, Duri-duri kehidupan aku lalui, Ditemani air mata saksi, Jatuh dan bangun aku sendiri tanpa menoleh silam melirik esok, Keperitan diganti keindahan, Keindahan bersama jasad nurani, Memikul tanggungjawab pembina bangsa, Dengan rela cekal menghunus bakti, Kesyukuran tidak terhingga akan hadirnya nafasmu wahai pewira, Wahai pewira, Awan ku mendung dihujani kekeliruan, Kau hadir membawa pelangi mewarnai corak hidup ku, Hidup ku kini memegang pelbagai watak, Watak berilmu penjamin masa depan ku, Terima kasih pewira, Sayang dikasih buat mu guru, Benar, guru ibarat ilmu bernyawa, Di mana sahaja kau berada, Ilmu bakti masih berlegar dalam pemikiran kami, Masih digenggam dengan hati, Diulas dan dikuasai melalui serebrum dan fizikal.