Mdm Ummi Erna binti Sukri
From SMK JALAN BUKIT
Nominated by Nor Shuhadha Abu Bakar
Pembakar api semangat, Ku genggam ayat keramat, Bersabarlah walaupun penat, Dititipkan doa untukku dunia akhirat. Ini sebuah kisah,kisah inspirasi aku dan cikgu Ummi,ibu sejarah sekolah kami. "Bersabar ye shu, memang penat tahun ini tahun terakhir" Setiap kali aku jatuh tersungkur,terngiang ngiang suara lantang Puan Ummi ke gegendang telinga aku. Terlalu banyak galakan semangat yang diberikan untuk aku. Masih lagi aku ingat, waktu itu, kali pertama aku berinteraksi dengan insan yang peramah dan mulia ini sewaktu masih hijau di alam persekolahan pagi;15 tahun. "Jadi boleh la kan shu dengan najla handle semua ni? Kita hias awal awal senang lah nanti tahun depan takperlu kelam kabut buat projek ni" cikgu ummi bersuara,yakin dengan tenaga kami yang baru sahaja berusia 15 tahun itu untuk mengalas tugas ini. Aku suka pada masa sama rasa inilah peluang aku untuk mula mendekati cikgu Ummi. Aku sering mendengar tentang bisikan bisikan yang menceritakan keperibadian puan ummi yang hebat. Satu perkara yang aku tidak akan nafikan sehingga bila bila. Dari situ juga,hati kecil ku berdoa agar cikgu Ummi akan mengajar sejarah didalam kelas ku. Dari situ bermulalah episode perkenalan aku dengan cikgu Ummi. Akhirnya, masa berlalu,aku pun telah beralih ke tingkatan empat. Allah mendengar bisikan doaku. Cikgu Ummi adalah guru sejarah bagi kelas aku. Aku terpegun,terkejut, Mashaa Allah, sungguh hebat sekali cara mengajar cikgu Ummi. Setiap fakta dalam hujung jarinya,setiap angka muka surat terletak elok diingatannya,setiap perenggan ditembaknya dengan betul tanpa perlu merujuk "kitab". Bukan sahaja hebat,malah cara nya yang bersahaja, menceriakan lagi suasana pembelajaran kami. Sudah tentu masa sejarah kami tidak diisi dengan kantuk yang tiada sudah. Masa pun berlalu, cikgu Ummi terpaksa berhenti mengajar kami seketika untuk mengambil cuti bersalin. Tipulah kalau kami tidak rindu cikgu Ummi. 5bulan tanpa beliau, seperti hilang cahaya dalam mencari jalan keluar di lautan sejarah yang mengelirukan. Setelah beberapa bulan,puan ummi kembali ke istana ilmu kami. Namun masa itu,dia terpaksa beralih ke kelas lain,dan meninggalkan kami buat seketika. Selepas peperiksaan akhir tahun. Sekali lagi aku dipanggil untuk membantu cikgu Ummi dalam projek bilik sejarah dan geografi. Sepanjang berlangsungnya projek itu, cikgu Ummi lah yang menanggung segala keperluan makan dan minum kami. Bukan sedikit perbelanjaannya kerana kami berjemaah, dan bilangan hari juga banyak. Namun cikgu ummi tetap tidak berkira dengan kami. Mulianya insan yg kau pinjamkan kepada kami Ya Allah. Masa berlalu lagi dan lagi. Akhirnya aku sedang meniti di satu tahap genting di hidupku-Tingkatan 5. Bagi aku hidup tingkatan 5 ini bukan lah mudah. Tetapi cikgu Ummi senantiasa memberikan semangat kepada diriku. "sabar ye shu..." "sikit je lagi" "kamu mesti boleh!" Kata kata ini aku pegang sehingga sekarang. Menguatkan aku sehingga sekarang. Aku masih ingat bait puitis cikgu Ummi yang membuatkan aku terus berjuang. "Cikgu nak tengok shu,naik atas pentas bila ambil keputusan spm nanti." "Cikgu nak tengok shu dapat anugerah tertinggi ni tau bila dah jadi wartawan nanti" Satu sahaja yang membuat hati aku terusik. Dia kelihatan ceria,sentiasa memberikan semangat kepada kami semua. Sedangkan pelbagai peluru cabaran menghempas dirinya. Terbaru,kami baru sedar yang anak cikgu Ummi diuji dengan penyakit jantung berlubang. Cikgu Ummi terpaksa tinggalkan kami sebentar demi anaknya. Tidak mengapa cikgu,kami faham. Namun,selepas sahaja selesai urusan beliau,cikgu ummi terus sahaja membuat kelas tambahan buat kami. Kerana beliau takut,kami ketinggalan jauh dibelakang. Mulianya hati seorang insan bernama cikgu Ummi ini, disaat anaknya bertarung nyawa, dia masih memikirkan kami yg selama ini hanya bergelak ketawa,tidak serius alfa tentang kepentingan ilmu. Beliau sanggup korbankan masa bersama sama kami,demi memastikan kami dapat mengejar sillibus sejarah yang semakin menebal. Tidak kedekut ilmu,tidak kedekut senyuman,tidak kedekut dengan segala yang beliau ada. Nasihat. Nasihat yang akan sentiasa aku ingat. Beliau pernah bercerita kepada kami Cerita ini akan kami pegang sehingga kami berjaya nanti "saya bukan orang senang, rumah dekat tepi kawasan padi. Tapi kerana ilmulah saya berada disini. Jadi kamu semua, belajar elok elok ye. Ilmu sangat penting" Cikgu. Terima kasih. Kerana menyedarkan ku tentang ilmu,memberikan ku semangat untuk terus maju. Maafkan aku andai aku tersungkur. Maafkan aku andai aku tidak tahu apa yang hati mu lalui. Satu sahaja pinta ku. Agar nanti,Disana nanti Allah SWT menghadiahkan syurga firdausi yang hakiki kepadamu. Terima kasih cikgu ummi,kerana memberi aku inspirasi.