Mr ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR
From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLUANG

Nominated by MOHAMAD NURDANIEL BIN ROSLAN
Sudah ramai guru yang aku jumpa,tapi insan yang bergelar guru ini yang paling aku sayang.Sayang pada beliau ini bukan dibuat-buat,tapi tulus dari nurani.Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd Nor,Pengetua Cemerlang Jusa C Sekolah Tinggi Kluang.Seorang insan yang mengubah hidupku dan menjadi pendorong untuk terus aku berjuang mencapai impian dan matlamat.Kehadirannya bermula ketika semasa aku di tingkatan 4.Aku ini seorang yang malas datang sekolah dan entah mengapa di tingkatan 4 harapan dan impianku kian longlai.Mungkin kerana terlalu selesa dengan keputusan PT3 barang kali.Prestasi aku merudum dan aku mula sedar untuk berjuang semula bagi menduduki SPM.Semangat aku diiringi inspirasi daripada pengetua yang aku sayangi.Nama beliau sering didengari olehku atau guru dan murid menggelarkan beliau CR(Cikgu Rahman).Kedatangan beliau di sekolah ini membawa satu gelombang baru yang lain daripada pengetua yang pernah mentadbir sekolah ini.Aku terpegun dengan matlamat yang beliau salurkan ke sekolah ini. Salah satu matlamat beliau jelas terpampang dengan adanya slogan yang kami selalu laungkan bersama STK GLORIUS,SEKOLAHKU SAYANG.Slogan ini menerangkan agar beliau sentiasa berusaha menawan hati pelajar agar terpaut hati dan jiwa terhadap sekolah membolehkan pelajar terus berjuang mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum untuk diri dan sekolah tercinta.Let’s Go Together We Achieve More memberi makna agar murid dan guru bersama dapat memberi dan memperolehi pengetahuan agar terus menjadi insan yang kaya dengan ilmu di dada. Cikgu Rahman juga merupakan idolaku yang aku sayangi. .Keperibadian beliau merupakan pemangkin aku untuk mengikuti jejak langkahnya.Beliau seorang yang sangat bekerja keras,penyayang,prihatin,mesra dan bersungguh dalam semua perkara.Manakan lagi aku jumpa seorang pengetua yang aku boleh peluk dan menciumnya ibarat ayahandaku sendiri,yang sentiasa balas mesej yang aku kirimkan di Whatsapp,insan yang tak pernah senang duduk di pejabat,ada sahaja berjalan melihat suasana di sekolah dan mendekati pelajar serta berbual mesra mendekati kami ibarat kawan agar kami berasa selesa untuk belajar.Susah untuk aku temui seorang pengetua yang sibuk tapi masih ada lagi masa untuk anak-anaknya di sekolah.Terkadang aku yang melihat beliau,aku sendiri yang berasa penat.Pernah aku berbual untuk seketika dengan beliau. “Pengetua,bila saya lihat pengetua bekerja ni kan,saya pula yang rasa penat tau,”kata aku.Beliau mengangguk setuju dan berkata “Kan penat kan.Tapi apa saya boleh buat,ini semua amanah dan tanggungjawab saya pikul.Jadi saya kenalah beri yang terbaik,”balas beliau.Waktu pagi kereta Proton Perdana pengetua ada terletak gah di lobi sekolah,tak lama kemudian beliau bergegas keluar kerana ada kerja atau mesyurarat yang perlu dihadiri.Kira-kira pukul 3 petang pula beliau ada kembali di sekolah untuk menyiapkan kerja berkaitan sekolah setelah selesai kerja di luar dan selalunya waktu solat asar barulah beliau keluar semula untuk menunaikan kewajipan di masjid bersebelahan sekolah.Apa yang aku nampak,kehadiran beliau yang penuh aura memberi sinar baharu untuk sekolah dengan nama STK GLORIUS.Pencapaian SPM juga meningkat pada tahun 2017 iaitu pada tahun pertama beliau melangkah ke sekolah ini.Beliau juga mengubah waktu pembelajaran sekolah dengan memasukkan waktu solat zohor agar pelajar dan pihak sekolah dapat menunaikan kewajipan kepada ilahi.Pada pandangan saya,beliau mahu pelajar hidup dengan kebergantungan kepada Allah agar perjalanan hidup dipermudahkan walau apapun rintangan yang mendatang. Aku suka melihat cara beliau bekerja.Walaupun usia beliau sudah menjangkau setengah abad,beliau tampak bertenaga.Seorang yang sistematik,bekerja keras serta teliti.Aku pernah terdengar kata guru di STK ni “CR tu,selagi kerja dia tak settle,selagi tu dia tak keluar pejabat atau makan tau,”.Setiap aktiviti yang dianjurkan di sekolah juga pasti beliau akan turun padang demi menjayakan bersama program tersebut.Contohnya,sehari sebelum sambutan maulidul rasul 2019 ini,beliau hadir bersama guru-guru dan pihak sekolah menyediakan hidangan untuk sambutan esok hari.Walaupun penat,tapi beliau masih menyumbang tenaga dan pulang semula ke rumah kira-kira 4 pagi dan hadir semula ke sekolah untuk sambutan maulidul rasul 2019.Setiap pertandingan yang diwakili oleh pelajar,pastinya ada kehadiran beliau sekali ke tempat perlawanan untuk memberikan sokongan padu pada pelajar.Kalau bukan hari pertama pertandingan,hari penyampaian hadiah pasti ada bayangan beliau bersama pelajar menghargai kejayaan yang dicapai oleh murid.Bagi tahun 2018 pula tahun aku menduduki peperiksaan SPM.Setiap pagi pasti adanya beliau bersama kami.Memberi semangat dan sokongan moral.Bukan sahaja pagi beliau hadir,malahan pelajar yang ada paper pada waktu petang juga akan nampak kehadiran beliau meronda satu blok peperiksaan demi memastikan tidak mahu murid terlentok ketika berjuang di dewan peperiksaan. Aku ada juga mendengar kisah beliau sewaktu menjadi pengetua di sekolah lain sewaktu ketika dahulu.Ini kisah beliau sewaktu menjadi pengetua di SMK Bandar T6.Apa yang aku dengar pada waktu itu,peratusan kehadiran murid sekolah menurun.Jadi beliau sanggup datang rumah ke rumah pelajar memujuk mereka datang ke sekolah agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.Pada aku,besar hasrat beliau melihat anak muridnya menggapai kejayaan sehingga sanggup datang dari rumah ke rumah murid yang tidak hadir ke sekolah.Masa,tenaga,wang dan segalanya menjadi korban seorang pengetua cemerlang berstatus Jusa C ni.Memang sangat layak beliau memiliki pangkat ini.Beliau juga menjadi bualan daripada rakanku iaitu bekas pelajar hasil sentuhan beliau.Tanggapan mereka sememangnya sama denganku,terpegun adanya guru seperti beliau.Mereka gembira dan masih tak boleh move on hasil sentuhan kasih daripada Cikgu Rahman.Hasil pembacaaan aku dan cerita dari insan terdekat,banyak juga nama samaran beliau.Kalau di sekolahku panggil CR,tapi di sekolah lain Ayahanda Rahman ada,Rahman Tiger pun ada,aku terhibur membaca perkongsian bekas murid beliau di media sosial. Banyak lagi perkara yang aku ingin coretkan cuma cukuplah sekadar ini sahaja buat tatapan anda semua.Aku cuma sedih selepas ini,tidak lagi ku jumpa idolaku di sekolah kerana aku perlu melangkah ke alam Universiti.Segala kenangan yang aku lakar bersama beliau dan kata-katanya tersimpan indah di hati.Walaupun hanya seketika juga dapat mengenalinya,tapi aku masih ingin rapat dengan beliau walaupun aku sudah meninggalkan sekolah.Terima kasih ayahanda yang hadir dalam diri anakanda walaupun seketika,tak pernah anakanda terbayang ada insan yang bergelar Pengetua Cemerlang Jusa C yang penuh dengan peribadi yang murni dan sangat mesra,biarpun sibuk tapi masih menjaga hati orang sekeliling.Dalam 5 waktu,anakanda lafazkan doa buat ayahanda agar ayahanda panjang umur agar anakanda dapat paparkan kejayaan yang akan anakanda kejar serta buat ayahanda bangga.Biarpun air mata menitis dan hati berduka kerana selepas ini anakanda jarang berpeluang berjumpa dengan ayahanda di sekolah,anakanda akan terus menguatkan diri untuk terus berjuang demi menjejak langkah persis ayahanda dan seterusnya menjadi insan seperti ayahanda kelak yang penuh nilai mahmudah dalam diri agar menjadi ikutan baik pula pada orang lain.Harapan anakanda agar ayahanda terimalah anakanda sebagai bakal menantu kesayangan ayahanda.Okay yang ni gurau je HAHAHAHA.Harapan anakanda agar ayahanda selalu mengingati dan mendoakan anakanda agar segala urusan dipermudahkan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dengan keberkatan doa seorang guru.Memetik lirik lagu Allahyarham A.Ramlie “kenangan mesra lalu mengusik hati,indah nian mesra yang tercipta,kenangan mesra lalu mengusik jiwa.”Terkadang aku keseorangan,tanpa aku sedar aku bermonolog dalaman bersama hati tentang ayahanda. “Duhai ayahanda,segala perilaku murni yang kau pamerkan,menjadi ikutan yang celik pandai.Segala usaha yang kau berikan,demi melihat anakanda berjaya,tiada tandingan.Hari demi hari,kian berlalu.Tanggunjawab yang kini dipikul lebih berliku.Tapi dek kerana tanggungjawab dan amanah yang ayahanda utamakan,ayahanda masih gagah berdiri demi yang tersayang.Biarpun berlalu hari,usaha yang ayahanda perahkan daripada akal menjadi ingatan manis kerana ayahanda insan yang satu dalam sejuta.”Biarlah kenangan yang hadir menjadi memori indah yang tersemat di hati.TERIMA KASIH AYAHANDA TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR!