Mrs CIKGU ZALINA BT MD HUSIN
From SMK AMPANG PECAH

Nominated by Muhammad isfahan bin mat samadi
Guru yang ingin saya anugerahkan guru inspirasi Mc Donald adalah cikgu ZALINA BT MD HUSIN. Beliau adalah guru kimia kami dan juga guru pembimbing kami. Cikgu zalina banyak mengajar kami erti kesetiaan, kerjasama, hormat menghormati dan jangan berputus asa. Bak kata cikgu Zalina kita tidak akan tahu apa yang akan kita kecapi jika kita tidak selesaikan perkara yang kita buat... sesungguhnya setiap usaha yang kita usahakan akan ada manis di akhirnya.. cikgu Zalina banyak mengajar kami erti jangan berputus asa, kami masih ingat di saat kami jatuh dan di landa kecewa yang amat semasa projek pertandingan kami MY CITY 2050 di tolak rekacipta bandarnya, cikgu zalina terus berada di samping kami, memberikan kata-kata semangat hinggalah kami ke peringkat akhir. Di saat kami berdepan dengan 8 buah sekolah malaysia yang hebat dan 3 sekolah antarabangsa, cikgu masih lagi tersenyum, memberikan kata-kata semangat buat kami. Menangis , ketawa dan gembira kami bersama-sama. Cikgu umpama mama kami. Sentiasa tersenyum untuk menaikkan semangat juang kami. Di saat kami kebuntuan di dalam subjek kimia, cikgu terus berusaha untuk memahamkan kami sehingga kami menduduki peperiksaan. Alhamdulillah cikgu kami berjaya. TIADA YANG DAPAT KAMI BALAS JASA CIKGU @ MAMA ZALINA selain kami mengharapkan Anugerah Guru Inspirasi Mc Donald ini. Sesungguh nya kami menyayangi mu ... KAMI SAYANG CIKGU ZALINA.