Mdm Puan Zainab Zack
From SMK Convent Taiping

Nominated by Nur 'Aisyah binti Serip Mohamad
Guru yang berdedikasi yang telah mengajar kami erti kehidupan dan makna ilmu. Walaupun kami pelajar yang biasa, yang bukanlah menerima anugerah2 cemerlang pada setiap kali peperiksaan, tetapi akan ada seorang guru atau lebih yang memberi kepercayaan bahawa kami turut akan cemerlang di suatu masa kelak. Guru berkata, hanya terletak pada usaha, bimbingan guru dan doa seseorang itu boleh berjaya. Tidak kira masa, tenaga, atau wang ringgit guru-guru ini berusaha bersusah payah untuk kami agar kami berjaya menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara. Tidak sesekali meninggalkan pelajarnya yang lemah, guru-guru ini sentiasa plan yang terbaik untuk anak-anak didiknya dalam sukatan pelajaran. Tidak hanya pada subjeknya tapi juga pada subjek lain. Kini aku bergelar seorang Doktor, terima kasih guruku. Maafkan daku ketika aku lalai dan kurang masa untuk pergi bertemu dirimu. Ketahuilau, sungguh aku sayang pada kamu dan juga pada semua guru-guruku. Tanpa mereka, aku tidak berhak berdiri di mana aku berada sekarang.