Mr ABDUL AZIZ BIN JELANI
From SK BUKIT JALIL

Nominated by NUR ATHIRAH BINTI ABDUL AZIZ
Ibarat lilin yang menerangi kegelapan, begitulah jua pengorbanan seorang yang bergelar guru. Bukan mudah untuk memegang gelaran seorang guru. Seperti sudah menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa di bahu sebaik sahaja mendapat gelaran seorang guru. Tugas seorang guru bukan lagi hanya mendidik, mereka juga seperti ibu dan bapa di sekolah yang berperanan untuk membentuk personaliti seseorang murid. Begitulah tanggungjawab yang digalas oleh Cikgu Abdul Aziz bin Jelani. Beliau telah menurunkan ilmu dan mendidik anak bangsa selama lebih 2 dekad. Sifatnya yang peramah ,penyayang dan suka mengambil berat tentang pelajar lain sangat disukai. Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Aziz. Dahulunya mengajar di SK Bandar Baru Seri Petaling 1. Kini beliau mengajar di Sk Bukit Jalil. Jika ditanya dengan warga-warga kediaman di Seri Petaling, siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Aziz. Cikgu Abdul Aziz yang telah mengajar anak-anak mereka yang kini ramai telah menjadi anak bangsa yang berjaya di dalam hidup. Tidak kira bangsa Melayu, India, mahupun Cina. Semuanya menyayangi Cikgu Aziz. Pada luarannya nampak seperti seorang guru yang garang, tapi garangnya cuma untuk tujuan yang baik iaitu untuk menjadikan anak didiknya seorang yang berguna kelak. Cikgu Aziz mengajar subjek Bahasa Melayu. Murid-murid yang belajar dengan beliau kebanyakkannya akan peroleh keputusan yang cemerlang. Walaupun mula-mula agak lemah, tapi Cikgu Aziz akan mengajar dengan penuh ketulusan sehingga mereka berjaya. Teknik yang diajar oleh beliau mudah difaham dan sangat efektif. Tambahan lagi, gred untuk subjek Bahasa Melayu akan meningkat setiap tahun kerana ramai murid yang diajar oleh beliau akan memperoleh A untuk Bahasa Malaysia di dalam UPSR. Ramai juga ibu bapa yang mencari Cikgu Aziz untuk menghantar anak mereka belajar bersama Cikgu Aziz. Cikgu Aziz sentiasa tampil kemas untuk memberi contoh kepada murid-muridnya supaya menjadi seorang yang pembersih dan kemas. Jika kita berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas, ilmu yang dituntut juga senang untuk diserap dan diingati. Masih segar di ingatan saya, pada Hari Guru tahun 2013 di Sk Bukit Jalil, Cikgu Aziz telah mendapat sekotak karipap yang masih panas sebagai hadiah hari guru daripada seorang murid darjah 1. Untuk pengetahuan, beliau tidak mengajar murid darjah 1, tetapi beliau mengajar murid-murid darjah 4 hingga darjah 6. Ketika beliau didatangi murid tersebut, Cikgu Aziz sangat terkejut kerana beliau tidak mengajar murid tersebut tetapi murid tersebut telah memberi sekotak besar karipap yang masih panas. Cikgu Aziz siap bertanya murid tersebut jikalau dia tersalah guru kerana itu bukan murid yang diajar. Tetapi murid tersebut dengan yakin mengiyakan bahawa karipap untuk memang untuk Cikgu Aziz dan karipap itu dibuat sendiri oleh ibunya. Hebat bukan penangan seorang guru bernama Cikgu Abdul Aziz?. Murid yang bukan diajar oleh beliau juga menyukai dan menyayanginya. Tambahan pula setiap kali menjelang Hari Guru, beliau tidak akan pulang dengan tangan kosong. Paling minimum mesti akan bawa pulang 2 bakul hadiah. Inilah kisah inspirasi guru daripada saya, Nur Athirah binti Abdul Aziz. Jasa Cikgu Aziz akan sentiasa diingati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Terima kasih Cikgu Abdul Aziz. Terima kasih Abah !.