Nominees

Mr TN. HJ MOHAMAD BADRUDDIN BIN YUSOFF

From SMK SULTAN ABU BAKAR,KUANTAN PAHANG

Mr TN. HJ MOHAMAD BADRUDDIN BIN YUSOFF's photo

Nominated by ZAINONIE BINTI MA'AROF

Kisah dari aku seorang guru buat guruku yang amat ku kagumi . Darinya aku belajar menjadi seorang guru yang sebenarnya guru. Darinya aku belajar untuk menjadi seorang pendidik yang mencintai ilmu dan anak didiknya. Darinya aku belajar jangan pernah kenal erti putus asa dan ikhlas dalam mendidik anak-anak bangsaku. Darinya jugalah aku belajar erti kepimpinan sebenar seorang pendidik. Tuan Haji Mohamad Badruddin bin Yusoff itulah namanya. Beliau menjadi idola ramai guru di daerah Kuantan ini. Seorang guru yang amat dedikasi akan tugasnya, Seorang guru yang amat disayangi oleh setiap anak muridnya tidak mengira agama dan bangsa walau dimana beliau bertugas. Sungguh aku amat kagum dengannya. Dengan sikap, tingkahlaku dan kepimpinannya.Seorang guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu baktinya, terutama dalam matapelajaran kecintaannya iaitu Matematik Tambahan. Ketika beliau masih menjadi pengetua di sekolah ku lagi ,beliau sanggup membuat kelas tambahan untuk pelajar-pelajarnya setiap kali waktu cuti penggal persekolahan. Beliau sanggup turun padang bagi memastikan matapelajaran ini mampu menjadi matapelajaran antara yang meningkat naik peratus kelulusannya di sekolahku walaupun beliau amat sibuk sebagai seorang Pengetua pada waktu itu. Beliau juga sangat tidak lokek mencurahkan ilmunya padaku pada waktu itu kerana aku masih mentah lagi pada waktu itu sebagai pendidik, Sehingga kini , walaupun beliau sudah berpindah ke sekolah lain tetapi ,beliau masih lagi menjadi tempat rujukan ku dan guru-guru Matematik Tambahan lain di daerah Kuantan ini dalam mendalami ilmu pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Kata-kata keramatnya “Do your best,lets God do the rest” sentiasa menjadi peganganku setiap kali aku berputus asa dalam sesuatu perkara .Kata-kata ini jugalah yang sering aku ucapkan kepada anak-anak didikku apabila melihat mereka berputus asa dalam mempelajari matapelajaran Matematik Tambahan yang memang diketahui semua orang sebagai “killer subject”. Sesungguhnya tiada kata-kata yang mampu ku ucapkan dan zahirkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasihku kepada beliau. Sesungguhnya aku amat bersyukur dan beruntung dipertemukan dengan beliau. Andainya ada rezeki memenangi pertandingan ini, ingin sekali aku menyampaikan hadiah ini sebagai tanda ucapan terima kasihku yang tidak terhingga kepada beliau. Sebagai tanda hormatnya aku kepada beliau. Hanya coretan tulus iklhas dari lubuk hatiku yang amat dalam buatmu guru yang amat ku kagumi .Dariku seorang guru yang amat kerdil. TERIMA KASIH CIKGU !!!!