Nominees

Mrs Zarina Binti Abdullah

From SMK DATO' SRI AMAR DIRAJA

Mrs Zarina Binti Abdullah's photo

Nominated by Muhammad Irfan A'fiif Bin S. Mohd Faaiz

"SEJARAH WAJIB LULUS" itulah kata-kata yang selalu Cikgu Zarina lontarkan untuk membakar semangat saya. Cikgu Zarina merupakan guru sejarah saya dan lebih mesra dikenali sebagai ibu. Ibu digelar ibu kerana sifat keibuannya kepada anak-anak muridnya. Ibu juga selalu menasihati saya. Ibu juga selalu mengambil berat tentang saya. Ibu juga banyak membantu saya dalam matapelajaran sejarah dan meningkatkan penguasaan saya tentang ilmu sejarah. Ibu juga adalah pendorong kepada saya untuk berjaya. Sifatnya yang bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu kerja atau tugasan, membuatkan saya berasa kagum. Beliau adalah guru kelas saya yang paling semangat antara guru kelas yang lain pada sebelumnya dalam pertandingan keceriaan kelas. Kelas saya selalu menang pertandingan itu dek kerana beliau selalu memberi galakan kepada kami untuk menghias kelas. Dengan usaha yang telah kami bersama-sama membina untuk kejayaan dalam pertandingan itu akhirnya kelas kami menang. Saya bersyukur kerana dapat guru yang sebaik Cikgu Zarina.