Mr MOHD AHIR BIN SAMSURI
From SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI

Nominated by MUHAMMAD AQILZAFRY BIN NOR KAMARUZAMAN
The first place goes to…….. Segalanya bermula pada tahun 2014. Tahun yang membawa tuah kepada abangku, Muhammad Dzulhaziq bin Nor Kamaruzaman bersama pasukannya iaitu Sakti Pegasus daripada SM Sains Kota Tinggi. Pasukan Sakti Pegasus telah berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan “World Robotic Olympiad (WRO) “ di Socchi, Rusia. Aku sedar disebalik kejayaan ini pasti ada dorongan dan tunjuk ajar dari insan yang bergelar cikgu. Di mindaku tertanya-tanya siapakah cikgu itu. Aku mula berangan-angan untuk mengenali cikgu itu. Pada hematku cikgu ini mestilah seorang yang hebat dan berkarisma. Aku mula bertanya kepada abangku tentang cikgu yang membantu pasukannya sehingga beroleh kejayaan. Aku mengenali namanya sahaja daripada abangku. Semenjak dari itu, jauh di sudut hatiku mula menanam azam untuk mengikut jejak abangku dan ingin belajar daripada cikgu hebat itu suatu hari nanti. Alhamdulilah aku diterima masuk ke SM Sains Kota Tinggi. Sudah pasti aku memilih persatuan robotik sebagai salah satu kokurikulum di sekolah. Dari sini aku mula mengenali Cikgu Mohd Ahir bin Samsuri, seorang guru robotik yang cukup tegas, berdisiplin, dan garang. Murid-murid takut dan hormat padanya. Sedikit demi sedikit aku cuba mengenali Cikgu Mohd Ahir. Aku senang dengannya kerana dia juga seorang yang lucu. Belajar bidang robotik di bawah tunjuk ajar beliau sangat seronok kerana banyak ilmu baru yang dapat aku pelajari. Beliau juga sangat berpengalman dalam bidang robotik dan amat dikenali di kalangan peserta robotik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahun pertama aku masuk pertandingan robotik hanya mendapat tempat ketiga peringkat negeri. Beliau tahu aku kecewa pada waktu itu tapi bagi menceriakan kami beliau membawa aku dan rakan-rakan keluar makan. Aku terharu dengan kebaikkan dan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Cikgu Mohd Ahir. Rupa-rupanya disebalik ketegasan itu terselit sifat murni dalam dirinya. Sifat kebapaannya terserlah. Selain itu beliau juga amat prihatin dan penyayang. Kekalahan pasukanku itu tidak membuatkan dirinya kecewa atau putus asa. Dalam diri cikgu Mohd Ahir penuh dengan sifat juang yang tinggi serta kekentalan mental yang jitu. Itulah semangat yang kerap diterapkan ke dalam jiwa kami setiap kali kami berada di medan pertandingan. Setiap kali pertandingan beliau memberi kata-kata semangat kepada kami dan kami mesti berjiwa robotik iaitu tiada perasan gentar ketika bertemu lawan dan jangan mudah berputus asa serta berani membuat keputusan tanpa merujuk kepada guru. Walaupun di awal penglibatanku di arena robotik gagal menjuarai peringkat kebangsaan, Cikgu Mohd Ahir tetap berbangga dengan pasukan kami. Beliau sentiasa memberiku semangat, sokongan, dorongan dan kepercayaan agar pasukan kami terus berusaha untuk mencapai kejayaan suatu masa nanti. Beliau sebenarnya sangat berbangga dengan potensi yang ada dalam diri kami baik dalam bidang robotik maupun akademik. Demi kepercayaan yang diberikan oleh beliau aku berusaha bersungguh-sungguh agar dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan World Robotic Olympiad (WRO). Aku sangat gembira menjalani latihan dengannya kerana dia seseorang yang memahami perasaan anak-anak muridnya dengan melihat riak muka sahaja. Walaupun aku dan rakan-rakan tidak memberitahu rasa lapar ketika latihan tetapi Cikgu Mohd Ahir seolah-olah mengetahui dan membawa makanan untuk kami. Beliau membeli makanan kegemaran kami menggunakan duit poketnya tanpa berkira-kira. Aku rasa terharu dengan sifat ikhlas beliau. Beliau juga sentiasa mengingatkan aku dan rakan-rakan pasukanku agar berusaha dan fokus dalam perlajaran untuk menghadapi PT3. Beliau cuba untuk menggembirakan kami di waktu kami stress, sedih dan kecewa. Atas dorongan dan tunjuk ajar beliau dalam robotik pasukanku yang diberi nama Sakti Tiger telah memenangi pertandingan robotik peringkat dunia di Guiyang, China. Seterusnya pasukan kami juga berjaya menjadi juara peringkat kebangsaan anjuran Sasbadi yang berlansung di Pahang. Akhirnya perasaan yang tidak dapat diungkapkan apabila pengacara majlis mengumukan ‘the first place goes to……….. Sakti Tiger from Malaysia’. Pasukanku berjaya merangkul pingat emas untuk Malaysia dalam pertandingan WRO di Chiangmai, Thailand. Ungkapan pertama yang keluar daripada mulut Cikgu Mohd Ahir ialah Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah swt atas kejayaan pasukanku. Beliau juga mengukir senyuman dan berbisik ke telingaku, syabas kamu telah berjaya mengulangi kejayaan abangmu. Pasukan Sakti Tiger menjulang trofi kemenangan bersama-sama Cikgu Mohd Ahir, Pengetua SM Sains Kota Tinggi dan Wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Kejayaan ini kejayaanmu cikgu, kami hanya merealisasikan sahaja dengan izinnya. Cikgu Mohd Ahir merupakan seorang pejuang yang enggan mengaku kalah. SM Sains Kota Tinggi telah dikenali di seluruh Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa dalam pertandingan robotik ini atas usaha gigih beliau. Beliau menjulang SM Sains Kota Tinggi menjuarai beberapa kali pertandingan robotik di peringkat kebangsaan dan telah menjuarai sebanyak tiga kali di peringkat antarabangsa. Aku juga berbangga denganmu cikgu, hasil ketegasan dan disiplin yang tinggi dikau terapkan kepada anak-anak didik robotikmu, dan sebagai seorang guru fizik yang hebat, seramai lapan orang yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM tahun 2018 dengan seorang beroleh semua A+. Cikgu, terima kasih atas apa yang telah engkau lakukan untuk kami. Masamu juga dikau korban untuk bersama kami dalam menghadapi pertandingan. Terima kasih juga kerana menganggap kami seperti anak-anakmu. Insya Allah segala nasihat dan sifat mulia yang dikau terapkan kepada kami akan diikuti dan amat dihargai. Jasamu tidak dapat dinilai dengan harta hanya Doa saya titipkan. SIFAT-SIFAT MULIA YANG ADA PADA DIRI BELIAU MENJADIKAN CIKGU MOHD AHIR BIN SAMSURI GURU INSPIRASIKU UNTUK AKU TERUS BEROLEH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT DUNIA DAN 9A+ DALAM SPM 2020 SERTA MASA DEPANKU. TANPA DORONGAN POSITIF DAN KEPERCAYAAN CIKGU SIAPALAH SAYA. Wajah ceriamu tersemat di hati, Senyum manismu membuat hatiku senang, Cikgu Mohd Ahir daku hormati, Jasa muliamu akan sentiasaku kenang,