Nominees

Mrs AISYAH UMAIRAH CHENG BT ABDULLAH

From SMK MUNSHI ABDULLAH(SMA)

Mrs AISYAH UMAIRAH CHENG BT ABDULLAH's photo

Nominated by SARASWATHYDEVI A/P MANI

Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan hidup seseorang pelajar.Tanpa bimbingan dan didikan guru pastinya saya dan rakan-rakan saya tidak akan dapat menikmat,kehidupan yang cerah pada masa depan.sebanyak tiga puluh orang guru yang mengajar di sekolah saya.mereka bertugas dengan penuh dedikasi demi masa depan murid-murid. Walau bagaimanapun guru yang paling saya sayangi di sekolah saya ialah Cikgu AISYAH UMAIRAH CHENG BT ABDULLAH. Cikgu Aisyah berumur tiga puluh empat tahun. Beliau sudah berumah tangga dan kini mempunyai empat cahaya mata. Guru yang berkulit putih ini selalu berpakaian kemas ketika bertugas dan mempunyai penampilan yang menarik. Tidak hairanlah Cikgu Aisyah sememangnya amat disenangi oleh murid-muridnya. Saya amat menyayangi Cikgu Aisyah kerana beliau seorang guru yang baik hati dan bertanggujawab. Beliau mengajar saya mata pelajaran pendidikan moral. Semasa mengajar beliau begitu tegas, tetapi pandai berjenaka menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain tidak pernah berasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh beliau. Saya sangat suka akan cara Cikgu Aisyah mengajar kami. Cikgu Aisyah mengajar di kelas dengan semua bahasa yang berbeza terutamanya kelas lemah yang terakhir. Pada sebelah petang, Cikgu Aisyah akan melatih (mssd) kami berlari (mssd).beliau merupakan jurulatih (mssd) yang sangat dedikasi di sekolah saya. Teknik berlari yang diajarkan oleh Cikgu Aisyah banyak membantu berlari sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap perlawanan. Cikgu Aisyah banyak aktif dalam sukan. Cikgu Aisyah membina sebuah rumah hijau dengan palet dan menanam pelbagai sayuran.Cikgu Aisyah seorang guru yang rajin. Cikgu Aisyah seorang guru kaunselor.pelajar suka mencari dia untuk berkongsi masalah kerana mampu bercakap banyak bahasa dan Cikgu Aisyah seorang guru disiplin. Cikgu Aisyah sangat ketat tetapi masih dikasihi oleh ramai Cikgu Aisyah seorang pereka dalaman sebagai guru teknikal dia sangat kreatif dalam mencantikkan bengkel. Kami berasa amat bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati dan penyayang. Beliau bukan sahaja seorang pendidik malahan kami menganggapnya sebagai ibu. Segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepada kami amat kami hargai dan dikenang sampai bila-bila.saya juga bercita -cita menjadi seorang guru seperti Cikgu Aisyah iaitu guru yang menjadi kebanggaan saya.