Nominees

Mdm WONG EH CHUN

From SJKC CHI VUN TENOM, SABAH

Mdm WONG EH CHUN's photo

Nominated by CHIN SU LEE

Kisah Inspirasi Cikgu Wong Eh Chun Dicalonkan oleh YDP Pengerusi PIBG, Puan Chin Su Lee. Beliau mula bertugas sebagai seorang guru besar di sekolah SJKC Chi Vun Tenom, Sabah pada 3 sept 2012. Jumlah murid di sekolah ini adalah seramai 93 orang murid sahaja dan 95% yang bersekolah di sekolah ini adalah bukan berbangsa cina. Majoriti murid yang bersekolah adalah berbangsa murut, dusun dan melayu saja. Keputusan UPSR di sekolah ini pada tahun beliau mula mengajar di sekolah tersebut adalah (0%). Antara 10 orang murid Tahun 6 tiada seorang pun yang lulus. Maksudnya semua 10 orang murid itu gagal dalam UPSR. Melihat keputusan UPSR yang sangat lemah ini, beliau bertekad untuk mengkaji apa punca dan masalah yang dihadapi sekolah itu yang menyebabkan keputusan murid-murid berada di tahap yang sangat lemah. Akhirnya, beberapa masalah telah dikenalpasti antaranya ialah : 1.Murid-murid tahun 1 tidak diberikan pendidikan awal. 2.Majoriti ibubapa murid adalah buta huruf dan mereka tidak dapat membimbing anak-anak semasa di rumah dan ibubapa tidak mementingkan pendidikan. 3.Faktor kesihatan juga turut mempengaruhi minda dan pemikiran murid-murid dalam pembelajaran. 4.Masalah kehadiran murid 5.Kebanyakan anak datang dari keluarga yang bermasalah. Contohnya,ibubapa bercerai/di luar nikah dan anak-anak tinggal bersama nenek dan datuk di kampung. Beliau kemudian mencari inisiatif dengan mengadakan mesyuarat diantara guru-guru untuk menyelasaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Antara program yang diwujudkan hasil perbincangan adalah : 1.Membuat kunjung mesra ke rumah anak murid dari masa ke semasa. 2.Kelas pemulihan dan bimbingan kasih akan dilaksanakan pada waktu petang,malam,hujung minggu dan waktu cuti. 3.PadaTahun 2013, PIBG ditubuhkan di sekolah. 4.Pada mulanya anak-anak murid yang berumur 5 dan 6 tahun ini dibagi peluang belajar bersama murid kelas tahun 1 supaya mereka ada persediaan awal untuk masuk kelas tahun 1.Pada masa itu beban guru mengajar bertambah seminggu 42 waktu(1260 minit).Namun begitu guru masih mempertahankan sepanjang tahun 2013. Pada 2014, atas perbincangan bersama lembaga sekolah dan PIBG keputusan telah diambil untuk menggunakan kantin papan (zaman 80an) yang usang untuk diubahsuai menjadi kelas anak-anak murid yang berumur 5 hingga 6 tahun. Selepas setahun atas usaha gigih barisan lembaga berjaya mencari dana dan mendirikan sebuah bangunan konkrit prasekolah yang lengkap,selesa, kondusif dan dilengkapi dengan kemudahan asas.Pada tahun tersebut, seorang guru bernama cikgu Jean Wong dan seorang pembantu pengurusan murid iaitu cik Diana Fredolin telah dihantar ke sekolah ini sebagai guru prasekolah dan ppm sebagai pembantu sehinggalah sekarang 5. Selain itu, atas usaha beliau dan bantuan lembaga sekolah beliau juga berjaya mendirikan sebuah bangunan konkrit bilik darjah yang baharu 1 blok 2 tingkat yang ada 6 kelas(kos pembinaan lebih kurang RM620,000.00).Tujuannya adalah untuk memberi keselesaan kepada guru dan murid semasa belajar serta meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 6.Atas usaha beliau dan bantuan dari Lembaga dan PIBG berjaya menaiktarafkan pejabat pentadbir yang usang menjadi ceria,selesa,bersih,teratur sehingga sekolah ini dipilih sebagai sekolah perintis EKSA di daerah Tenom pada 2016. 7.Beliau juga berjaya menggerakkan warga sekolah membersihkan kawasan sekolah yang dulunya dipenuhi semak samun dengan program bersama PIBG menanam pokok bunga, mendirikan Pondok PIBG,pondok penyayang, dan pondok My Little Garden sehinggalah sekolah ini memenangi pertandingan SERASI 2017/2018 Naib Johan peringkat Negeri Sabah. 8.Beliau turut ambil berat tentang kemudahan-kemudahan sekolah. Antaranya pusat sumber yang kotor,tidak tersusun,tidak ceria dan telah lama tidak diurus dan dikunjungi anak-anak. Atas perbincangan Lembaga dan PIBG serta kerjasama dari PKG Tenom, beliau berjaya mengubah imej dan menaiktaraf semula pusat sumber itu sehingga berjaya memenangi anugerah pusat sumber terbaik daerah Tenom 2016 dan memenangi Johan dalam pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang 2018 peringkat Negeri Sabah dan dipilih sebagai wakil negeri Sabah ke pertandingan PSS kebangsaan. 9.Bilik Operasi Sekolah ini dahulunya dalam keadaan kotor,tidak teratur,tidak diurus dan tidak ceria.Dengan usaha gigih beliau membimbing warga sekolah mengurus,mengatur dan menaiktaraf sekolah sehingga berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolag(BOSS) Cemerlang Tahun 2016 peringkat Negeri Sabah. 9.Selain itu, beliau juga turut menjalinkan hubungan yang baik dengan agensi luar seperti KPD OISCA(Pusat Penyelidikan Pertanian). Setiap tahun beliau akan mengadakan program lawatan sambal belajar ke pusat tersebut untuk memberi peluang kepada anak murid belajar di luar bilik darjah.Pada tahun 2015, seorang murid iaitu adik Nurul Asurah dipilih sebagai pembentang Children Forest Program di Tokyo, Jepun.Selain itu, agensi lain seperti Jabatan Pertanian Sabah,Lions Club,Ladang Tenusu Eco Yap turut menjadi rakan pembimbing sekolah ini. 10.Pada tahun 2016,antara 50 orang guru besar seluruh Malaysia telah menyertai program Sekolah Penyayang peringkat antarabangsa di Nanjing,China,beliau telah dipilih sebagai wakil pembentang amalan baik sekolah penyayang. 11.Di bawah kepimpinan beliau, sekolah telah memenangi anugerah Tokoh Penyayang Kebangsaan pada tahun 2013,2014,2015,dan 2016. 12.Memandangkan keputusan UPSR pada tahun 2012 yang begitu teruk(0%)beliau telah mengambil inisiatif mengadakan klinik bimbingan UPSR sehingga jam8.00 malam.Beliau bersama guru menyediakan makanan dan mengajar anak-anak murid tahun 6 di luar waktu belajar biasa. Beliau sanggup memandu dalam keadaan gelap gelita untuk pulang ke kampung (lebih kurang 42km dari sekolah), dan subuh jam5.00 pagi memulakan perjalanan balik ke sekolah semula. Beliau sedar hanya inilah cara mengajar yang luar biasa dapat membantu anak-anak kampung yang difahami tidak ada orang dapat bimbing mereka di rumah. Mulai penggal kedua beliau sudah tinggal bermalam bersama guru dan murid-murid di kelas sahaja. Beliau dan guru sendiri menyediakan makanan seimbang kepada anak-anak murid untuk melahirkan murid yang sihat dan ceria sehingga sekolah ini akhirnya menerima anugerah sebagai sekolah cemerlang GPS2.81 kategori jumlah calon 1 hingga 24 orang dalam UPSR 2016 dan memenangi Johan anugerah Cemerlang Sekolah Rendah UPSR 2016 dengan pencapaian GPS 2.81 kategori sekolah jenis kebangsaan Cina. Sekolah ini juga telah memenangi anugerah peningkatan band(band 4 kepada band 3) sempena Hari Inovasi 2015. 13. Untuk keselesaan anak-anak tinggal di sekolah, beliau telah bertungkus-lumus bersama Lembaga Sekolah berjaya mendirikan sebuah asrama konkrit untuk murid(Perbelanjaan lebih kurang RM220,000.00).Beliau sendiri memikul tanggungjawab sebagai warden menjaga anak-anak di asrama dan beliau sanggup bangun setiap subuh untuk menyediakan sarapan kepada anak-anak. Perbelanjaan semuanya menggunakan wang ringgit beliau sendiri.Warga sekolah terasa terharu dengan pengorbanan beliau yang ikhlas.Hari demi hari semakin ramai warga sekolah,orang luar yang terharu dan menghulurkan bantuan bukan saja dari segi kewangan dan tenaga.Contohnya, sekarang ibubapa juga ambil bahagian menyediakan makanan petang untuk anak-anak yang tinggal di asrama. 13.Sekolah juga berjaya menerima sijil penghargaan atas kejayaan cemerlang dalam pencapaian tahap minimum 2018,penyertaan sekolah di peringkat daerah,negeri,kebangsaan dan antarabangsa serta pembudayaan PAK21 dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 14. Sekolah ini juga telah berjaya mencapai anugerah pengurusan skim pinjaman buku teks cemerlang sekolah jenis kebangsaan sempena anugerah kecemerlangan kokurikulum,Sukan,dan HEM peringkat Negeri Sabah tahun 2017. 15.Dari segi kokurikulum,beliau juga telah berjaya melahirkan anak murid Nurul Asurah mendapat Johan dalam pertandingan syarahan Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Negeri Sabah 2016 dan Naib Johan pertandingan syarahan Bahasa melayu SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan 2016 di Kuantan serta berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan syarahan SJKC dalam karnival Bahasa Melayu peringkat kebangsaan 2016 di Kuantan. 16. Sekolah ini berjaya mendapat sijil penghargaan audit cemerlang sejak tahun 2014,2015,dan 2016. 17.Sekolah ini juga berjaya mendapat sijil watikah perlantikan program Transformasi Sekolah 2025 pada 2017. 18.Sejak beberapa tahun kebelakangan,di bawah kepimpinan beliau,sekolah ini menjadi penandaarasan sekolah dari lain daerah dan negeri. Lebih kurang 100 buah sekolah telah pernah membuat penandaarasan di sekolah ini antaranya ialah Majlis Guru Besar Pulau Pinang seramai 36orang guru besar datang melawat sekolah ini(7 September 2018). Selain itu sekolah dari SJKC Chin Kwan Wahyu,Johor juga telah membuat lawatan penandaarasan di sekolah ini. Sepanjang beliau bertugas di sekolah ini, banyak kemajuan telah dicapai oleh sekolah dan murid-murid juga semakin ramai yang berjaya mendapat keputusan yang baik. Terima kasih cikgu !