Ms NOOR SYAZANA BINTI TAIB
From SEKOLAH KEBANGSAAN RUMAH BARAT

Nominated by FERA VERANA ROCIAMOY AK TONY
Sayang Cikgu Sorang Dari tahun 1 jujur saya bersekolah di SK Rumah Barat. Di sekolah saya terdapat murid yang sedikit. Murid di kelas saya ada lima orang sahaja. Saya diajar oleh seorang cikgu yang bernama Cikgu Noor Syazana Taib.Cikgu Syazana mengajar saya dari tahun 1 ke tahun 6 dedikasi. Cikgu Syazana dari Negeri Sembilan. Cikgu Syazana garang orangnya. Cikgu tidak akan marah murid tanpa sebab. Cikgu mempunyai rumah di kuarters sekolah. Cikgu mempunyai kucing yang bernama Si Comot. Saya pernah dimarahi kerana membuat kesilapan. Saya pun meminta maaf kepada Cikgu atas kesilapan saya. Cikgu akan menghantar saya bila ada pertandingan. Cikgu jujur orangnya. Cikgu mengajar saya dengan serius.Saya selalu menumpukan perhatian apabila cikgu mengajar, Akhir sekali saya amat bersyukur kepada cikgu kerana telah mengajar saya dengan baik. Saya mendoakan cikgu agar sihat sejahtera selalu di samping keluarga tercinta.Terima kasih atas ajaran cikgu kepada saya.