Mrs AISYAH UMAIRAH CHEONG BINTI ABDULLAH
From SMK MUNSHI ABDULLAH
Nominated by RISHA A /P ELAN GOVAN
Pada zaman kini, pendidikan sangat penting untuk meningkatkan status diri seseorang. Pendidikan dapat disampaikan dalam kalangan masyarakat melalui para guru. Ini bererti seorang guru, minimal mesti memilih dasar - dasar kompetensi sebagai wewenang dan kemampuan dalam meningkatkan tugas yang diberi. Semua murid mesti mempunyai guru inspirasi tersendiri. Guru inspirasi saya ialah Cikgu Aisyah Umairah Cheong Binti Abdullah iaitu seorang guru dari Sekolah Menegah Kebangsaan Munshi Abdullah. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup dan beliau mengajar Matematik,Kemahiran Hidup serta Pendidikan Moral. Saya memilih beliau sebagai guru inspirasi kerana beliau seorang yang jenis mesra dengan murid - murid. Semasa waktu mata pelajaran beliau, saya dengan rakan - rakan saya menjadi cergas kerana beliau mengajar dengan membuat lawak juga. Beliau boleh mencakap dalam empat bahasa, Tamil, Mandarin, Melayu serta Inggeris. Oleh sebab itu, semua murid dapat memahami penerangan beliau. Saya sentiasa dapat markah yang tinggi dalam subjek beliau iaitu Pendidikan Moral.Selain daripada tersebut, beliau juga seorang yang aktif dalam bidang sukan. Beliau merupakan pelantik olaraga di sekolah SMK Munshi Abdullah. Pada bulan Februari, beliau yang melantik pelajar yang dipilih untuk MSSD. Seterusnya,beliau juga aktif dalam Kelab Kebudayaan SMK Munshi Abdullah. Beliau yang melangsungkan aktiviti kebudayaan di sekolah seperti senaman robik dan tarian traditional. Di samping itu, beliau juga seorang yang menyayangi alam sekitar kerana beliau yang menjaga rumah hijau di sekolah SMK Munshi Abdullah. Semua sebab ini yang menarik saya untuk memilih beliau sebagai guru inspirasi saya. Kerja seorang guru bukan senang sangat daripada kerja lain. Mereka mengorbankan banyak masa untuk pelajar - pelajar mereka supaya mereka dapat meningkatkan status diri sendirinya. Oleh itu, murid - murid perlu mengembirakan dan mebanggakan guru - gurunya. Jom kita sama - sama menyambutkan Hari Guru dengan guru - guru kesayangan kita. Sekian terimah kasih.