Nominees

Mrs Chung Li Yun

From Smk muhibbah sandakan sabah

Mrs Chung Li Yun's photo

Nominated by marina suraya binti mortono

Pada awalnya melangkah kaki ke tingkatan 6 ini bukan lah pilihanku kerana ramai yang beranggapan tingkatan 6 ini adalah susah. Tapi aku tetap memilih nya kerana aku sudah tiada pilihan dan aku tidak dapat tawaran matrikulasi dan tawaran upu aku tolak disebabkan masalah jarak. Sedih juga sebab kawan ku dapat rayuan matrikulasi . Masa tu aku buntu tidak tahu mahu teruskan subjek sains atau tukar aliran lain. Aku ingin tukar aliran sains (biology) pergi aliran ekonomi tetapi pengetua sekolah tidak bagi dan terpaksa teruskan juga aliran sains ni. Yang lain kawan² dapat tukar aliran (ekonomi) dan ada juga diantara mereka yang terima tawaran upu. Tinggal kami berempat saja dalam kelas(perempuan) . Aku adalah antara yang paling lemah bahasa inggeris dalam kelas itu. Walaupun subjek biologi dan kimia belajar dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu tetapi teacher menggalakan supata menjawab soalan stpm dalam bahasa inggeris kerana takut apa yang teacher kami ajar lain maksudnya kalau di translate dalam bahasa melayu . Aku rasa macam sukar untuk bawa subjek kimia dan biologi tapi aku yakin "selagi berusaha pasti boleh". Teacher chung selalu menasihati kami supaya sentiasa rajin dan membuat kerja rumah yang beliau berikan. Beliau juga tidak pernah lelah dan letih untuk mengajar kami walaupun teachers chung mempunyai masalah kesihatan. Sebelum masuk sem 2, cikgu kami pernah kena bedah kerana kerana masalah kolon dan juga masalah mata. Wlaupun keadaan teacher begitu beliau tetap mengajar kerana ujian semester 2 tidak lama lagi. Alhamdulilah cikgu kami diberi kesihatan yang baik dan urusan pembedahannya dipermudahkan. Harap cikgu chung sihat2 saja. Teacher chung sangat memahami, lemah lembut bahkan tidak pernah marah. Teacher selalu memberi motivasi kepada kami walaupun kami tahu subjek biologi adalah subject yang susah untuk score A tapi kami berusaha sehingga dapat masuk u. Yang membuat kami berempat terharu dan tidak menyangka adalah saat teacher memberi hadiah teddy bear dan buah apple . Kami berasa gembira waktu tu. Aku bilang kepada teman ku bahawa aku ingin memberi hadiah kepada teacher untuk membalas kebaikannya. Lalu kawanku berkata"kita hadiahkan kejayaan kita iaitu lulus penuh dalam subject biology ". Dan yang ini membuat kami lebih bersemangat dalam menempuh ujian terakhir (sem 3) . sebelum ni belum pernah lagi cikgu ada teacher yang beri hadiah kepada student nya. Dan kami kira beruntung meski pun cuma berempat dalam kelas dan kami cukup gembira kerana layanan dan semangat teacher mengajar kami dengan penuh kesabaran. Bahkan kami anggap teacher macam ibu kami. Berkat doa dan usaha teacher selama ini, kini kami lulus dalam subject biologi(stpm).Terima kasih teacher atas pengorbanannya dan kami takkan pernah lupakan teacher. Hanya teacher saja yang tahu betapa susah dan payah nya kami berada di tingkatan 6. Tiada hadiah dan kata yang mampu kami berikan untuk membalas jasamu selain "terima kasih cikgu".