Mrs NOOR SURIATI BINTI MAT SAAT
From SMK SUNGAI PUSU
Nominated by NURUL ZAKIAH BINTI CHEK OMAR
Saya tidaklah rapat sangat dengan cikgu math saya waktu form 4 dan form 5 tapi cukup untuk mengispirasikan saya untuk terus maju ke depan.. Cikgu saya bernama cikgu Suriati.. Tapi kebiasaannya saya memanggil dia dengan gelaran Cikgu Sufe.. Cikgu math saya tidak selemah lembut cikgux2 lain tapi caranya memberikan saya dorongan yang cukup padu dan jitu.. Cikgu saya selalu beri nasihat tentang kehidupan selepas sekolah.. Bagaimana strugglenya sebelum menjadi 'orang',sebelum menjadi guru.. Dia selalu berkata di dalam kelas 'Orang perempuan.. Kalau takde ilmu memang awak kena pijak.. Dalam keadaan saya study dulu,saya selalu tengok sekeliling.. Saya perhatikan manax2 perempuan yang takde ilmu selalu ditindas.. Pentingnya ilmu untuk membina masa depan awak.. Awak berjaya,mak ayah gembira,awak dapat kerja,ada duit boleh bantu family awak.. Duit tulah nak bantu ahli keluarga awak.. Lawa saja tak cukup kalau belajar pun malas.. Ilmu tu nak selamatkan awak.. Bukan muka lawa awak.. Saya tak mintak banyak dekat awak.. Saya cuma mintak,awak belajarlah sungguhx2 untuk tolong diri awak jugak' Pernah sekali dia korbankan 2 masanya selama 1 jam lebih sebab nak bagi nasihat ke kamix2 pelajarnya.. Sejak dari situ,saya sedar betapa struggle nya orang lain nak cari ilmu tapi tak berkemampuan tapi kami senangx2 je dapat tak reti nak menghargai.. Jadi saya cuba buat yang terbaik untuk SPM saya walaupun saya lemah dalam akademik tapi saya cuba walaupun orang cakap dah tak sempat,takde guna.. Sebab saya tahu,dengan struggle saya tu saya boleh achieve sesuatu.. Dengan ilmu yang saya ada,saya boleh teruskan perjuangan saya.. Alhamdulillah saya lulus SPM dan sambung study.. Berkat kekuatan katax2 guru saya,saya cuba teruskan perjuangan saya untuk study.. Saya cuba cari ilmu lain supaya saya sendiri boleh achieve apa yang saya nak,saya boleh jaga mama saya.. Jasanya akan saya kenang hingga ke syurga..