Nominees

Mrs NURUL WAHIDAH BINTI NORDIN

From SM SAINS SULTAN MAHMUD

Mrs NURUL WAHIDAH BINTI NORDIN's photo

Nominated by NAZLIN ALIA BINTI MOHD GHAZALI

"Techer Wahida" ialah seorang guru bahasa inggeris yg sangat baik hati, kreatif, aktif dan bertanggungjawab. Beliau bukan sahaja menjadi sumber inspirasi saya malah kepada ramai murid lain juga. Sejak saya mengenali teacher sebagai guru yang paling diminati murid kerana sifatnya yang memahami jiwa muridnya, saya berharap teacher dapat mengajar English saya di tingkatan 3 dan akhirnya ia menjadi realiti. Di sinilah bermula detik-detik yg menginspirasikan saya. Setiap hari saya menunggu slot BI kerana tak sabar nak mendengar motivasi percuma dan nak layan kelas yg luar biasa daripada subjek lain sebab dapat menyanyi lagu. Teacher sentiasa berperwatakan gembira supaya murid-murid aktif di dalam kelas dan seronok untuk belajar. Pada peperiksaan pertama pada tahun tersebut, saya mendapat gred C dalam BI. Saya sungguh sedih mana taknya markah saya paling rendah dalam kelas. Sedih memangla sedih tapi saya tak pelik dengan markah yang saya dapat tu. Pelik kan? Ya, sebab saya tahu yg saya malas nak buat latihan atau kerja rumah BI berbanding subjek lain. Malas? Yer, sifat malas akan lahir sekiranya kita tak ada minat dan memang betul saya tak minat subjek BI. Biasa saya malu nak bagitahu & tulis dalam diari yg saya tak minat English, tapi kalini saya jujur dan tulis juga. Diari? Yer, diari khas yang perlu ditulis dalam bahasa inggeris setiap hari untuk dihantar kepada teacher. Dari diari inilah teacher dapat memahami jiwa kami semua dan perbetulkan grammar kami. Berbeza kan daripada guru-guru lain. Sejak kebelakangan itu, saya dah hampir putus asa tetapi mujurlah ada teacher yg sentiasa nasihat, beri semangat kepada saya untuk terus berusaha dan tak berputus asa malah beliau tidak pernah marah. Saya juga sentiasa berikan hadiah kepada beliau sebagai tanda penghargaan & begitu juga teacher sentiasa belanja saya dan kawan-kawan. Teacher sentiasa bagitahu "dalam rezeki saya juga terdapat rezeki awak semua" serta kata-kata semangat yang tak pernah putus keluar dari mulut teacher "nazlin awak boleh!" sentiasa dalam ingatan. Bila guru bersemangat apatah lagi anak murid dan sejak hari itu minat kepada subjek BI berputik. Sebelum peperiksaan PT3 teacher sangat sibuk dengan program sekolah yg lain tapi teacher sanggup adakan kelas tambahan khas percuma pada waktu petang. Pada hari keputusan PT3 diumumkan saya bersyukur kerana BI saya dapat A dan saya seperti murid yg cemerlang malah seperti 'the best student' walaupun keputusan saya biasa2 jer. Mana taknya teacher bagi sejambak bunga yg telah digubah khas kepada saya yg dibeli di Cameron Highland. Bunga tuh lebih besar daripada bunga murid-murid cemerlang yg lain. Saya sungguh teruja dan terharu kerana teacher sanggup beli bunga jauh-jauh untuk saya. Yang lebih terharu bila beliau bagitahu yg beliau sendiri yg menggubahnya. Begitu juga teacher mestilah teruja dapat tengok anak murid dia berjaya kan. Teacher juga bagitahu yg dia beri tu bukan kerana A tapi sebagai penghargaan atas usaha saya selama ni. Rupanya teacher tahu yg saya sentiasa buat essay pada hujung minggu daripada junior saya. Tanpa beliau sedari yg beliau sebenar telah menginspirasikan saya untuk lakukan semua tu. Berdasarkan semangatnya yg kental dan tak pernah kenal erti penat lelah telah menaikkan lagi semangat saya supaya tak berputus asa. Kenapa saya cakap macam tu? Yer, ni sebabnya.. teacher selalu menghadapi migraine mungkin kerana terlalu penat dengan program sekolah yang perlu dibimbing seperti bola keranjang dan drama bahasa inggeris. Kadang-kadang waktu senja pun teacher masih di sekolah untuk sesi latihan bersama murid-murid. Tambahan pula, beliau seorang warden yang tinggal di kuarters guru seorang diri dan berjauhan dengan suami tercinta. Teacher sanggup menghantar murid-murid yang sakit ke hospital pada lewat malam walaupun dirinya sendiri sakit dan penat. Namun, beliau tak pernah mintak cuti atau MC untuk berehat di rumah. Saya sangat bangga dengan dirinya yg sanggup berkorban demi kejayaan anak bangsa. Kental kan? Ya, inilah yg dikatakan 'role model'. Sampai sekarang saya masih menyimpan sejambak bunga itu dan gambar teacher yg saya curi di pintu kelas. Tahun seterusnya, teacher tak mengajar saya lagi. Walaupun begitu motivasi yg teacher beri selama ni dah cukup untuk dijadikan pembakar semangat dalam menempuh cabaran seterusnya. Akhinya, saya mendapat tahu yg teacher akan berpindah ke sekolah lain. Saya sangat sedih dan saya sempat belikan hadiah untuk teacher sebagai tanda perpisahan dan diselitkan juga dengan sekuntum bunga yg telah saya simpan 2 tahun yg lepas. Teacher sangat terharu dan beri lagi beberapa kuntum bunga (kali ni saya dicabar untuk simpan seberapa lama yg boleh) dan bunga itu masih lagi ada dengan saya sekarang. Walaupun dah layu ianya menyimpan seribu satu makna dalam hidup saya. Sekarang kami masih berhubung dan saling bertanya khabar melalui whatsapp dan beliau menjadi inspirasi dan idola saya untuk capai cita-cita saya menjadi seorang guru Bahasa Inggeris seperti beliau. Thank you teacher! Inilah guru luar biasa !