Nominees

Mr Asmadi bin Mohd Zin

From Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam

Nominated by Nabila Sutrisno

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Saya pelajar Tingkatan Enam di Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan Sabah. Saya seorang pelajar yang pendiam kerana menghidapi Post-Traumatic Stress Disorder dan Major Depression. Sewaktu saya tidak hadir ke sekolah hampir sebulan kerana depresi, cikgu Asmadi tidak pernah putus asa mengambil tahu tentang saya. Ketika satu hari dia minta kawan-kawan kelas untuk memujuk saya datang ke sekolah untuk VIVA subjeknya iaitu Pengajian Am, saya sebak dengan kata-katanya "Cikgu kuat kerana anak-anak murid cikgu dan cikgu mahu kamu juga kuat untuk melawan depression kamu dan satu hari nanti, buktikan dengan cikgu bahawa depression kamu itu yang akan membuat kamu seorang yang berjaya, inshaAllah." Sekiranya cikgu Asmadi saya memenangi Anugerah Guru Inspirasi ini, saya mahu menunjukkan kepadanya bahawa kerana dia, saya telah berjaya menghadapi depression kerana mendapat sokongan daripada seseorang yang tidak pernah berputus asa dengan diri saya. Terima kasih, cikgu Asmadi. Terima kasih, McDonald's Malaysia.