Nominees

Mr WAN MOHD FAIZUL ADNAN BIN WAN YAHYA

From UiTM Kampus Alor Gajah

Mr WAN MOHD FAIZUL ADNAN BIN WAN YAHYA's photo

Nominated by FARISAH IZZATI BINTI RAHMAT

Bagi aku, guru inspirasi tak semestinya pekerjaan nya perlu menjadi seorang guru sepenuh masa.. Guru inspirasi aku merupakan seorang guru sampingan mengajar Kokurikulum iaitu koko pbsm semasa di uitm alor gajah. Pekerjaan sepenuh masa beliau adalah sebagai penolong pegawai perubatan di uitm.. Kali pertama aq berjumpa dengan beliau pada jun 2016, ketika hari pertama Kokurikulum, beliau sudah buat aq mengagumi beliau, kerana apa? Beliau menegur seorang rakan aq, perempuan, menyingsingkan sehingga menampakkan auratnya. Beliau kata, turunkan lengan baju kerana aku tak nak kau terbakar di neraka kelak, aku sebagai guru mesti menegur kerana aku tak nak tanggung dosa kau, dan aku tak nak ibu bapa kau tanggung dosa kau nanti. Padat dan tepat.. Minggu minggu seterusnya, dalam kelas kor selama 2 jam itu, beliau banyak mengajar erti disiplin, kehidupan, ilmu agama dan banyak lagi. Oktober 2016, aku masuk komander pbsm selepas 1 semester beliau basuh aku setiap kali kelas kor untuk join komander pbsm.. Beliau juga merupakan pegawai latihan dalam persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia itu. Dalam komander ni aq banyak belajar bukan sahaja ilmu perubatan sebagai first aider, tapi lebih dari itu.. September 2017, aq merupakan salah seorang Majlis Tertinggi Persatuan, dalam persatuan banyak yg aq belajar daripada beliau, bila kita di atas, macam mana cara nak handle ragam dan kerenah orang bawahan, macan mana cara nak handle persatuan, organisasi.. Semuanya aku belajar daripada beliau, mental dan fizikal harus kuat.. 1 tahun aq pegang Majlis Tertinggi persatuan, setiap hari aq dan team aq akan meeting, meet dengan beliau, setiap hari.. Membincangkan tentang macam mana nak jadikan persatuan bulan sabit ni dikenali dan dipandang di dalam uitm.. 31 March 2018, merupakan tarikh dimana program pertama anjuran pbsm.. Di sini aq belajar macam mana nak buat dan uruskan program dari awal sehingga akhir.. Dari aq 0,sehingga boleh handle program, semuanya atas jasa dan pertolongan beliau.. Beliau bantu kami dari awal sehingga akhir, setiap hari, setiap minggu sebelum program ini berlangsung kami jumpa dan brainstorm idea, kadang kadang beliau habis kerja pukul 5, tak balik rumah dan berjumpa dengan kami untuk program ini sampai 12/1 pagi. Pengorbanan masa beliau, wang ringgit tidak perlu diungkapkan kerana tidak mampu dikira.. Beliau stay dengn kami 1, 2 pagi tanpa sesen bayaran, menghabiskan masa dan duit, kehulur kehilir dengan kami untuk persatuan kami, tanpa sedikit pon bayaran.. Segala makian, herdikan, dan nasihat beliau aq terima dan ambil secara positif kerana itu lah yg akan aq tempuh di dunia luar nanti.. Beliau maki tegur, semuanya bagi mematangkan fikiran kami.. Yang paling aq kagum dengan beliau, beliau sering belanja kami makan, setiap kali jumpa, akan bawa aq makan, setiap kali.. Sbb beliau pernah kata, dan sering pesan dekat kiterorang, jangan pernah kedekut dan berkira, belanja orang makan adalah sebaik baik amalan, di setiap rezeki kita ada sebahagian hak orang lain,.. Itu aq belajar daripada dia, dan aq teruskan dalam kehidupan aku. Setiap kali jumpa dan borak dengan beliau, pasti akan dapat banyak input, dari segi isu semasa, hal hal kehidupan, ilmu agama dan sebagainya.. Tidak pernah kedekut ilmu dalam berkongsi.. Sekarang aq dan dia seperti seorang kawan, hubungan rapat ini membuatkan kami selesa bercerita apa sahaja.. Tapi tidak membuatkan aku untuk kurang hajar, aku tetap menjaga batas pertuturan kerana walau apa cara sekalipun beliau tetap merupakan seorang guru, guru yang banyak mengubah aq menjadi pelajar yang produktif.. Bukan pelajar yang hanya pergi kelas balik kelas dan duduk di bilik sahaja. Aq berterima kasih sungguh dan bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan beliau.. Indahnya aturan Allah kerana menemukan aku dengan seorang guru, pendidik, malah aku anggap seperti keluarga aku sendiri yang sangat berwibawa. Dia adalah guru inspirasiku.. Terima kasih guru..