Nominees

Mr KAMARUL ARIFFIN BIN MOHD SHARIF

From KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Mr KAMARUL ARIFFIN BIN MOHD SHARIF's photo

Nominated by MUHAMMAD IMTIAZ BIN AZIZ

KISAH INSPIRASI SAYA Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mula berkenalan dengan cikgu ini, Ustaz Kamarul, apabila saya belajar di SMK Agama Kuala Lumpur pada tahun 2015. Beliau seorang yang garang tetapi sangat penyayang dengan murid-muridnya. Apabila saya masuk ke sekolah tersebut, saya terpaksa tinggal di asrama, sesuatu yang saya tidak suka kerana tidak pernah berpisah dengan keluarga, bangun pagi awal, beratur di tandas dan bilik mandi dan banyak lagi. Sebagai anak yang patuh dengan kehendak ibu bapa, saya meneruskan juga persekolahan di sekolah tersebut. Enam bulan pertama saya di asrama, saya memang tidak boleh menyesuaikan diri tinggal di asrama. Apatah lagi saya perlu mengikuti kurikulum hafazan iaitu Tahfiz Model Ulul Albab ( TMUA ). Penat dengan kehidupan di asrama, waktu pembelajaran yang panjang dan banyak lagi yang menyebabkan saya tertalu stress. Apabila saya hendak pindah sekolah, ustaz Kamarullah yang berjaya memujuk saya hingga akhirnya saya membatalkan niat untuk pindah sekolah. Beliau akan rehat di kantin bersama murid-murid. Beliau akan melayan murid-murid makan di kantin sambil bertanya khabar. Kadang-kadang, dia akan belanja murid-murid makan di kantin. Setiap kali perhimpunan, murid-murid akan tertunggu-tunggu kata-kata nasihatnya yang tidak pernah membosankan. Ada sahaja cerita nasihat yang akan disampaikannya semasa perhimpunan seperti cerita anai-anai, mata lebah dan mata lalat, anai-anai dan lebah, dan banyak lagi kisah-kisah teladan. Semasa di tingkatan tiga, keinginan untuk pindah sekolah timbul semula. Saya maklumkan kepada keluarga, saya tidak mahu meneruskan mengikuti kurikulum hafazan kerana saya rasa terbeban dan stres sangat. Sekali lagu ustaz Kamarul berjaya memujuk dan meyakinkan saya untuk terus belajar di SMK Agama Luala Lumpur walaupun saya telah mendapat tempat di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur Dengan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajarnya, saya kekal belajar di SMK Agama Kuala Lumpur sehingga saya mampu khatam Al-Quran 30 Juzuk pada tahun 2018 semasa saya berada di tingkatan empat. Dengan nasihat dan bimbingannya juga, saya telah diberi kepercayaan menjadi Ketua Umum / Ketua Pelajar tahun 2019 selain aktif dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Setiap kali cuti sekolah, beliau akan mengirimkan kata-kata dan video nasihat melalui w.app yang akan menyentuh hati saya dan kawan-kawan. Pada awal bulan Januari 2019, sekolah mendapat berita sedih apabila beliau bertukar ke sekolah lain. Saya tidak dapat menerima hakikat ustaz Kamarul telah tiada lagi di sekolah ini. Saya kehilangan seorang guru, seorang bapa, seorang rakan yang sentiasa menasihati dan menyayangi saya dan kawan-kawan. Saya dan kawan-kawan terasa sangat kehilangan ustaz Kamarul. Dalam tawanya terselit nasihat, dalam garangnya tersembunyi pengajaran dalam hukumannya ada hikmahnya. Terima kasih ustaz Kamarul kerana menyayangi saya dan rakan-rakan. Terima kasih kerana menjadi guru terbaik yang pernah saya jumpa